Prestasi ekonomi Malaysia jelas belum tunjukkan tanda pemulihan. Ringgit masih tidak tentu halanya. Hutang negara menghampiri RM1.5 trilion.
Pihak berwajib harus fikirkan survival negara dari sekarang. Bayangkan jika tiada duit petroleum Petronas, Malaysia pasti bankrap sebab tiada alternatif kepada punca ekonomi yang munasabah dibuat oleh kerajaan. Setiap tahun tidak kurang RM34 bilion dan biasanya lebih, yang dijangkakan Petronas tidak dapat menjana keuntungan selepas 10 tahun nanti.
Tidak cukup untuk kita terpana dengan keuntungan bersih dicatat Petronas RM101.6 bilion tahun lalu.
Kunci sukses Perdana Menteri mana pun sekiranya duit Petronas merudum apa akan jadi tidak pernah kita fikirkan dan perhalusi. Sehinggakan era PM4 hendak bina Putrajaya pun guna duit Petronas.
Punca duit Petronas dari Sudan tiada. Dari Vietnam, mereka buat sekatan sebahagiannya pula. Lagi satu punca dari selatan Myanmar tidak menjadi. Teramat bimbang sebab duit kita pula nanti 50 peratus tidak ada. Ini tidak pernah diperhalusi dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan 13.
Jika wang Petronas tiada lagi selepas 10 tahun nanti, kita akan tersenarai dalam bilangan negara yang ekonominya nazak. Yang bijaknya Singapura dengan wujudkan human capital menerusi kemampuan menjadikan republik itu hab kewangan. Sedangkan kita ada Labuan yang boleh menjadi hab perbankan dengan semua bank ke situ seperti Singapura dikenali Switzerland Timur sudah 10 tahun.