spot_img
spot_img

PAS mahukan pimpinan utama jika bersama Kerajaan Perpaduan

spot_img

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan, beliau dihubungi beberapa kali oleh pihak yang mahu mempelawa parti Islam itu bersama Kerajaan Perpaduan.

Jelas Abdul Hadi, Pas terbuka untuk berjumpa dengan mana-mana pihak untuk menjalinkan kerjasama, namun mestilah bertepatan dengan konsep dan hala tuju yang dibawa serta adil kepada PAS. Tetapi di dalam pelawaan itu, beliau mempersoalkan, sepatutnya tawaran itu memberi kelebihan kepada Pas kerana mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain.

PAS tidak mahu hanya berfungsi untuk menyumbang peningkatan jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

- Advertisement -

Dengan tegas katanya, PAS yang mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain, mempunyai hak untuk memimpin negara.

Pas mempunyai 43 kerusi, PKR 30 kerusi manakala parti kedua terbesar dalam jumlah parlimen ialah DAP iaitu sebanyak 40 kerusi.

Abdul Hadi berkata, kalau PAS bersama kerajaan perpaduan, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam.

- Advertisement -

Beliau dihubungi pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini, semalam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img