spot_img
spot_img

SM Faisal letak jawatan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA

spot_img

KUALA LUMPUR: Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (NAZA) mengumumkan peletakan jawatan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin sebagai Pengerusi Eksekutif Bersama.

NAZA dalam satu kenyataan berkata, SM Faisal antara individu yang memainkan peranan utama dalam pembangunan operasi kumpulan NAZA sejak 20 tahun lalu.

“SM Faisal turut terbabit dalam pengembangan portfolio syarikat dan membentuk jaringan luas dalam kalangan setiap lapisan pihak berkepentingan merentasi pelbagai industri.

- Advertisement -

‘Hasil kerjasama ini adalah amat bernilai kepada Kumpulan NAZA sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, SM Faisal turut merakamkan ucapan terima kasih kepada bapanya, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan ibunya, Puan Sri Zaleha Ismail atas kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada adik-beradiknya, Nur Diana Nasimuddin, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, SM Faliq SM Nasimuddin dan Nur Nadia Nasimuddin yang sentiasa memberi sokongan.

- Advertisement -

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan NAZA, pihak pengurusan korporat dan semua ketua bahagian perniagaan Kumpulan NAZA.

SM Faisal mempunyai keyakinan penuh pengurusan dan tenaga kerja akan terus memacu Kumpulan NAZAke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Kumpulan NAZA mengucapkan selamat maju jaya kepada SM Faisal dalam apa jua usaha beliau dan mengalu-alukan sokongan berterusan beliau ke arah pertumbuhan syarikat di masa akan datang,” katanya.

SM Faisal pernah menggemparkan negara dengan kes mahkamah berprofil tinggi, didakwa memukul isterinya Emilia Hanafi, di mana kini mereka telah pun bercerai. Namun pada 24 mac tahun ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengakhiri isu itu secara baik di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2004 sebelum bercerai pada 2016 manakala hak penjagaan terhadap tiga anak mereka, diberikan sepenuhnya pada Emilia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img