spot_img
spot_img

Lewis Hamilton ke Ferrari ?

spot_img

FERRARI dilaporkan bersedia membawa pemandu sensasi Lewis Hamilton dari Mercedes menerusi tawaran mencecah 40 juta pound (RM226.2 juta) pada musim 2024.

Daily Mail melaporkan pasukan terkenal Formula Satu (F1) itu sanggup menawarkan Hamilton kontrak lumayan bagi menarik minat juara dunia tujuh kali itu.

Strategi itu difahamkan bagi mengembalikan semula status Ferrari sebagai pendahulu F1. Dimaklumkan presiden syarikat, John Elkann sudah berhubung dengan Hamilton.

- Advertisement -

Jika perancangan itu berjaya direalisasikan Hamilton bakal bergandingan dengan Charles Leclerc dan ini bermakna Ferrari perlu melepaskan Carlos Sainz daripada kontraknya setahun lebih awal.

Alternatif lain, Ferrari dilaporkan turut bersedia untuk membenarkan Leclerc berhijrah ke Mercedes bagi mendapatkan Hamilton.

Bos Mercedes, Toto Wolff baru-baru ini mengakui Leclerc berada dalam bayangannya ketika spekulasi masa depan Hamilton bersama pasukan itu masih belum terjawab.

- Advertisement -

Kontrak Hamilton bersama Mercedes dijadualkan berakhir penghujung musim ini tetapi pemandu berusia 38 tahun itu masih belum menandatangani kontrak baharu.

Lewis Hamilton masih bergelut mendapat rentak dengan kereta terbaru Mercedes Petronas. Persembahan pasukan itu hambar setelah kekalahan teknikal Hamilton pada 2021 kepada Max Verstappen. Sekaligus gagal memecah rekod sebagai juara dunia 8 kali buat kali pertama dalam sejarah, di mana kini dia memegang rekod sama dengan pelumba F1 Micheal Schumacher sebanyak 7 kali.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img