spot_img
spot_img

UMNO dan DAP terus berusaha memastikan ahli-ahli mengundi Kerajaan Perpaduan

spot_img

Machang 20 Mei : Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bersedia untuk bertemu dan menyantuni ahli akar umbi bagi memberi penerangan berkait dengan kerjasama antara UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) terutamanya parti DAP.

(Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – Timbalan Perdana Menteri)

- Advertisement -

Ahmad Zahid mengakui ia adalah tugas yang sukar untuk ‘memujuk’ ahli-ahlinya kerana perspektif negatif dan bersifat kebencian yang ditanam oleh kepimpinan terdahulu selama lebih 2 dekad sukar untuk dikikis.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata lagi, UMNO akan menggunakan formula yang sama seperti Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada calon MCA dan MIC, tetapi bukan atas nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata meskipun calon yang bertanding daripada DAP, namun ia mewakili gabungan kerajaan perpaduan yang disertai oleh UMNO.

- Advertisement -

(Datuk Seri Ahmad Maslan – Timbalan Menteri Kewangan)

“Bila sudah berada dalam kerajaan perpaduan maka kita hendaklah ikut disiplin parti memastikan arahan parti dituruti. Memang undi rahsia, tetapi gesaan saya bukan atas nama DAP, tetapi atas nama kerajaan perpaduan, titah Yang di-Pertuan Agong, apabila negara tergantung, kita perlu akur dan setia pada titah sentimen-sentimen yang ada.

“Kita hendaklah tinggalkan sentimen peribadi kerana dinamik politik hebat, apa yang berlaku sudah berlaku, ia adalah kerana kestabilan,” ujarnya.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching menggesa ahli dan penyokong DAP memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO yang merupakan rakan parti komponen dalam kerajaan perpaduan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan datang.

(Teo Nie Ching – foto : Utusan Malaysia)

Ia penting bagi memastikan kestabilan politik sama ada peringkat pusat mahupun negeri. Beliau mahu ahli dan penyokong DAP mengetepikan sebarang perbezaan yang wujud sebelum ini, dan sebaliknya melihat kepada masa depan lebih baik.

Nie Ching yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Johor menegaskan betapa pentingnya undi diberi kepada calon-calon UMNO dalam PRN akan datang bagi mengelak kemenangan kepada pembangkang.

DAP akan terus menyantuni pengundi daripada pelbagai latar belakang seperti yang dilakukan sejak dahulu lagi. Buktinya adalah bahan publisiti yang dikeluarkan dibuat dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan juga Tamil.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital itu turut mengakui sokongan masyarakat Melayu terhadap DAP agak kurang, namun, itu tidak menghalang DAP untuk mendekati masyarakat Melayu.

“Ini kerana mereka adalah rakyat Malaysia dan juga pengundi di negara ini, jadi kita akan lakukan yang terbaik untuk mendekati semua lapisan masyarakat,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img