spot_img
spot_img

Tiada lagi subsidi RON95 dan diesel bagi orang kaya tahun depan

spot_img

PONTIAN, 19 Mei — Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini berkata, golongan 20 peratus isi rumah teratas (T20) Malaysia perlu membayar lebih untuk petrol RON95 dan bahan api diesel mulai tahun depan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata kerajaan sedang melaksanakan pendekatan subsidi yang lebih bersasar, dan kumpulan T20 tidak lagi akan menikmati harga runcit bersubsidi untuk bahan api mereka.

Ini adalah penting kerana pembiayaan subsidi RON95 kini lebih banyak dinikmati oleh orang kaya, berkereta besar dan yang berkemampuan tinggi berbanding golongan miskin yang didakwanya menggunakan kereta dan motosikal yang lebih kecil. Ahmad Maslan ditemui pemberita di majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Persatuan Penulis Johor di Rumah Citra Sri Benut di sini.

- Advertisement -

T20 ditakrifkan oleh Jabatan Perangkaan sebagai isi rumah dengan pendapatan gabungan sekurang-kurangnya RM10,960 sebulan.

Data pada 2020 menunjukkan pendapatan median isi rumah di Malaysia RM5,209 manakala purata ialah RM7,089. Purata pendapatan isi rumah di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur melebihi kurungan T20 (masing-masing RM12,322 dan RM11,720).

Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, lebih RM50 bilion dibelanjakan untuk mengurangkan harga bahan api bagi petrol RON95, diesel dan gas yang dinikmati seluruh rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Ahmad Maslan menambah harapan kerajaan ialah dengan mengecualikan T20 daripada bahan api bersubsidi, berbilion ringgit dapat dijimatkan untuk disalurkan semula kepada pembangunan dan mengekang golongan miskin tegar.

“T20 masih boleh meneruskan kehidupan mereka tanpa subsidi bahan api kerana mereka mampu membayar kadar tanpa subsidi,” dakwanya.

Ahmad Maslan juga berkata langkah kerajaan menarik balik subsidi elektrik kepada syarikat dan pengilang, kerajaan dapat menjimatkan RM4 bilion antara bulan Januari dan Julai tahun lepas.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img