spot_img
spot_img

PRN Kedah ; PAS & UMNO, gabungan mana yang disokong rakyat ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Perikatan Nasional (PN) telah selesai membahagikan kerusi-kerusi DUN dalam kalangan parti komponen mereka untuk pilihan raya negeri akan datang tanpa memperincikan berapa banyak kerusi kepada PAS, Bersatu atau Gerakan.

(Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor STR/LUQMAN HAKIM ZUBIR)

Muhammad Sanusi juga yakin bahawa PN akan mengambil 33 daripada 36 kerusi dengan mudah. “Saya akan berbaik hati untuk membiarkan 10 peratus kerusi pergi kepada parti lawan,” katanya. Kini Kedah berada di dalam pentadbiran kerajaan PAS sama seperti di Terengganu dan Kelantan.

Beliau juga menyerahkan kepada kepimpinan PN untuk menentukan sama ada beliau akan diberi semula jawatan Menteri Besar di negeri jelapang padi itu. DUN Kedah berkemungkinan akan dibubarkan selepas 18 Jun, iaitu hari keputeraan Raja Kedah, namun ia adalah hak Sultan sepenuhnya untuk memutuskan bilakah masa yang terbaik, ujarnya.

- Advertisement -

Sementara itu, UMNO Kedah pula menegaskan bahawa parti nasionalis itu tidak akan berhenti memperjuangkan hak Melayu hanya kerana ia kini dalam kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH), kata pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata beliau yakin dengan pengundi Melayu di Kedah, tidak akan mudah terpengaruh dengan naratif yang mendakwa UMNO telah melupakan perjuangan asalnya  untuk kepentingan politik.

- Advertisement -

Beliau berharap rakyat Kedah dapat berfikir dengan bijak di mana ahli-ahli Parlimen Melayu adalah majoriti di Parlimen dan terbukti dalam sejarah tiada kepimpinan Melayu dapat mentadbir Putrajaya tanpa sokongan parti bukan Melayu.

“Kita tiada masalah dengan itu. Kaum lain menghormati apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan kita juga menjaga kaum lain. Kita berharap rakyat di Kedah dapat berfikir dengan bijak,” katanya dipetik sebagai berkata.

Pengerusi Umno dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melancarkan konvensyen perpaduan Kedah akan pada 21 Mei di Pusat Perniagaan Ampang di Alor Setar, dan kira-kira 1,300 perwakilan mewakili semua parti komponen BN dan PH akan menghadiri konvensyen selama sehari itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img