spot_img
spot_img

Jawapan penyanyi Coldplay sangat teruja

spot_img

Sangat kecoh apabila Coldplay akan datang ke Malaysia November ini. Banyak kontroversi dan ada juga yang menangguk di ‘air yang keroh’ . Sama ada orang politik , influencer atau pun ulat tiket !

Namun begitu, penyanyi utama kumpulan pop-rock yang boleh dikatakan paling popular di dunia pada era ini, Chris Martin, baru sahaja ditemu bual ringkas dengan DJ radio Anne Jacyntha dan Arnold Loh dari HITZ Morning Crew berkenaan konsert mereka.

Ia merupakan persembahan sulung mereka di Malaysia.

- Advertisement -

“Saya berasa sangat teruja, saya berasa sangat bersyukur. Kami sangat bertuah dengan apa yang kami dapat lakukan, dan salah satu matlamat kami kali ini adalah untuk mencuba dan datang ke tempat yang belum pernah kami kunjungi, mungkin tempat yang agak sukar untuk bermain. Kuala Lumpur adalah tempat yang kami impikan untuk datang sejak sekian lama, dan saya sangat gembira dan gembira kerana kami dapat datang dan melawat,” kata Martin dalam temu bual itu.

(Chris Martin ketika ditemuramah Hitz FM – foto dari laman youtube Hitz FM)

- Advertisement -

Jawapan penyanyi itu sungguh positif dan meyakinkan.

(Chris Martin ditemubual oleh DJ Hitz FM)

Walaupun tahu adanya kontroversi dengan persembahan mereka yang akan datang di Malaysia tetapi Chris Martin menyatakan bahawa kumpulan itu sangat meminati dan menghormati Malaysia dari jauh sejak sekian lama.

“Setiap kali saya bertemu dengan rakyat Malaysia, saya merasakan rasa cinta dan kemesraan. Semua dialu-alukan ke persembahan kami. Kami sayang semua, semua jenis orang, semua agama.

“Semua pemimpin, semua pengikut — tiada siapa yang dikecualikan. Kami benar-benar mahu anda datang ke persembahan kami dan berasa bebas untuk menjadi diri sendiri dan berasa bebas untuk membiarkan semua orang menjadi diri mereka sendiri.

“Sesiapa yang tidak gembira kami datang, kami minta maaf, tetapi kami juga sayangkan kamu,” kata Chris Martin sebelum mengakhiri temu bual itu.

Apabila mendengar jawapan sebegini, yang tidak plan pergi pun akan rasa teruja untuk ke konsert itu. Patutlah mereka sangat berjaya di dunia.

Sehinggakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga mengucapkan selamat datang kepada Coldplay, walaupun ada sesetengah pihak menganggap itu adalah keterlaluan.

Tiket konsert habis dijual dalam masa tiga jam sahaja. Ada peminat berharap Coldplay akan menambah tarikh konsert hari kedua di Malaysia. Ramai juga menyalahkan ulat tiket mengambil kesempatan dengan memborong banyak tiket dan kemudiannya menjual dengan berlioat kali ganda. Hingga menteri digital dan komunikasi pun ingin mengambil tindakan.

Tetapi ramai juga yang menentang konsert ini, terutamanya dari individu dan pihak yang ‘berjenama’ agama Islam.

Ramai yang bantah konsert Coldplay termasuk di Indonesia

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img