spot_img
spot_img

“Muhyiddin tidak bersetuju kalimah Allah diguna bukan Islam dan mahu kes diteruskan”

spot_img

PETALING JAYA: Bekas pembantu kepada Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan membentangkan secara terbuka minit mesyuarat Kabinet yang membincangkan isu kalimah “Allah” ketika Pakatan Harapan (PH) memegang kuasa antara Mei 2018 dan Februari 2020.

Marzuki Mohamad berkata itu akan menjadi “penyelesaian yang lebih mudah” dan bukannya “membazir masa dan wang untuk tindakan undang-undang” selepas berulang-alik antara pembangkang dan kerajaan berhubung penggunaan kalimah “Allah”.

“Nyahklasifikasikan segala-galanya, bukan hanya bahagian tertentu,” katanya dalam catatan Facebook peribadinya malam tadi.

- Advertisement -

Marzuki membalas tuntutan pengerusi DAP Lim Guan Eng, yang semalam mencabar Muhyiddin untuk menamakan bekas menteri dari DAP yang mendekatinya berhubung kes mahkamah menggunakan kalimah “Allah”.

Muhyiddin mendakwa seorang menteri daripada DAP pernah mendekatinya untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah semasa beliau menjadi menteri dalam negeri di bawah pentadbiran PH sebelum ini, tetapi beliau tidak bersetuju kerana kementerian dalam negeri mahu kes itu diteruskan.

- Advertisement -

Marzuki berkata juga tiada keperluan untuk Muhyiddin menamakan bekas menteri daripada DAP itu kerana ia hanya akan mengundang saman daripada DAP terhadap presiden Bersatu itu.

Isu kalimah “Allah” dibangkitkan semula minggu ini selepas dilaporkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak seorang wanita Sarawak untuk menggunakan perkataan “Allah” dalam pembelajaran agamanya.

Pada Isnin minggu ini, AGC berkata ia telah memberitahu Mahkamah Rayuan pada 18 April bahawa ia tidak mahu meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi, dalam keputusan penting, memutuskan bahawa Jill Ireland warga Sarawak boleh menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan pendidikan agama dalam bahasa Melayu dan bahasa Melanau ibundanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Nor Bee Ariffin kemudiannya memutuskan bahawa arahan kementerian dalam negeri pada 5 Dis 1986 untuk melarang penggunaan perkataan “Allah”, “Baitullah”, “Solat” dan “Kaabah” oleh orang bukan Islam adalah tidak sah.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Kabinet akan mengemukakan cadangannya mengenai isu “Allah” kepada Majlis Raja-Raja.

Anwar berkata Kabinet telah mendapat lampu hijau Yang di-Pertuan Agong untuk mengemukakan syornya berkaitan arahan kerajaan mengenai penggunaan kalimah “Allah”, antara lain, oleh bukan Islam.

Pemimpin parti Bersatu mengecam kerajaan dengan mendakwa tindakan menarik balik rayuan itu adalah campur tangan dalam badan kehakiman dan menggugat kepentingan orang Islam.

Mereka berkata Putrajaya sepatutnya membenarkan proses undang-undang berjalan lancar dan bukannya menarik balik rayuan itu, dan bertanya sama ada kerajaan telah berunding dengan raja-raja Melayu sebelum memutuskan penarikan balik itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img