KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) masih mengharapkan dan tawaran masih terbuka buat Khairy Jamaludin (KJ) untuk menyertai parti itu termasuk diberi jawatan dalam Majlis Tertinggi Bersatu.
Ia dinyatakan oleh Presidennyanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Muhyiddin, tawaran itu masih terbuka kerana menurutnya KJ merupakan seorang tokoh politik muda yang berkaliber dan menjangkakan Bersatu dapat menarik perhatian bukan Melayu dengan penyertaannya ke parti itu.
Namun Muhyiddin menggesa KJ untuk segera melakukan keputusan kerana masa telah suntuk untuk PRN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan Jun depan.
Apabila ditanya wartawan adakah dengan memberikan peluang calon bertanding di PRN dan jawatan terus ke Majlis Tertinggi Bersatu merupakan suatu umpan politik yang sering dikaitkan dengan Bersatu, bekas Perdana Menteri itu menjawab “Kita ada dua kekosongan (MT), jadi kalau dia sanggup, ada jawatannya. Ini bukan umpan, kita serahkan pada dia untuk tentukan,” kata beliau ketika ditemui wartawan di sebuah hotel di sini.
Pada Januari lalu, Khairy dipecat daripada UMNO selepas 23 tahun beliau bersama parti itu. Pemecatan tersebut disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana beliau mengkritik kepimpinan tertinggi UMNO di pentas kempen pilihanraya secara terbuka. Adalah menjadi kesalahan bagi UMNO di mana calon pilihanraya yang mewakili parti itu, tetapi di masa yang sama menyerang panji-panji parti yang diwakili mereka.
Menurut Muhyiddin, penglibatan Khairy mampu menguatkan Bersatu terutamanya selepas dalam keadaan orang Melayu hilang kepercayaan kepada UMNO.
Muhyiddin mendakwa Bersatu adalah alternatif yang baik bagi orang Melayu setelah UMNO “hampir-hampir hancur lebur dibuatnya” dan “rumah UMNO sudah menjadi sarang DAP”. Ia pasti telah mengecewakan ramai ahli UMNO dan juga orang Melayu.
Jadi Perikatan Nasional dengan gabungan Pas dan Bersatu telah terbukti pada PRU15 lalu di mana ia didukung oleh majoriti orang-orang Melayu, tegas Muhyiddin
Pada akhir soal jawab, Muhyiddin turut menafikan Bersatu juga menawarkan jawatan Menteri Besar Negri Sembilan kepada KJ.