spot_img
spot_img

Tesla akan cuba melakukan pengiklanan online dan tradisional

spot_img

SAN FRANCISCO, 16 Mei – Pengasas Tesla Elon Musk, yang tidak pernah langsung menggunakan pengiklanan tradisional untuk menjual kereta, akan mula mencubanya dan melihat sama ada ia menghasilkan hasil atau sebaliknya.

Musk merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, dan kini memiliki Twitter, platform media sosial yang sangat bergantung pada iklan dan telah melantik CEO baru di Tweeter iaitu veteran pengiklanan Linda Yaccarino pada minggu lalu.

Kenali CEO Tweeter baru yang digaji Elon Musk

- Advertisement -

Elon Musk bersetuju bahawa pengiklanan adalah penting dan mengesyorkan semua peniaga melakukannya. Beliau berkata demikian pada mesyuarat pemegang saham tahunan Tesla di Austin, Texas.

Beliau menegaskan bahawa Tesla akan mencuba sedikit pengiklanan dan akan melihat hasilnya.

Tesla menyatakan usahanya untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap syarikat itu pada masa persaingan yang semakin meningkat dan ekonomi yang perlahan.

- Advertisement -

Tesla juga terpaksa menurunkan harga kenderaan elektrik mereka baru-baru ini dan ia menggusarkan para pelabur mereka.

Sejak Elon Musk membeli Twitter pada bulan Oktober lalu, para pengiklan telah meninggalkan platform media sosial itu, kerana bimbang kemungkinan iklan mereka muncul di sebelah kandungan yang tidak sesuai atau kurang menarik perhatian selepas Twitter menghentikan hampir 80% kakitangannya.

Elon Musk telah bertahun-tahun menentang idea pengiklanan, menulis tweet pada tahun 2019 bahawa beliau “benci pengiklanan” dan menekankan Tesla lebih baik menggunakan wang itu untuk menghasilkan produk yang hebat, kerana produk yang hebat akan ‘mengiklankan’ bisnes itu secara automatis.

Nampaknya kini Elon Musk sudah membuat pusingan U ? Apa pendapat anda tentang pengiklanan online ?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img