spot_img
spot_img

PATI pun sudah mula berniaga e-commerce

spot_img

SEKITAR era 1990-an dan 2000-an, jarang didengar mengenai warga asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Namun, kini berbeza sekali dengan premis perniagaan milik warga Bangladesh, Pakistan serta komuniti Aceh, Rohingya dan lain-lain boleh ditemui hampir di mana sahaja terutama di Semenanjung dan Sabah.

Tidak cukup dengan kedai runcit diusahakan warga Pakistan dan Aceh, kini pekerja Bangladesh pula dikesan mempunyai kecenderungan tinggi untuk membabitkan diri dalam aktiviti perniagaan.

- Advertisement -

Warga Bangladesh boleh ditemui membuka kedai runcit dan mengusahakan pelbagai jenis perniagaan lain seperti kedai telefon bimbit dan komputer, kedai menjahit pakaian, premis cucian kenderaan serta syarikat kontraktor pengubahsuaian bangunan dan rumah.

Dahulu aktiviti perniagaan warga Bangladesh terhad di Lembah Klang tetapi tersebar di seluruh Semenanjung khususnya di Klang, Bukit Mertajam, Kuala Terengganu dan Gelang Patah. Ada juga berniaga menerusi platform e-dagang yang sukar dikesan pihak berkuasa.

Hal ini adalah sangat tidak wajar dibiarkan kerana tujuan pekerja asing dibawa masuk ke negara ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan di sektor bahaya, kotor dan sukar (3D).

- Advertisement -

Sebaliknya apa yang berlaku kini mereka bukan setakat bekerja sendiri malah menjadi majikan pula kepada rakyat tempatan.

Masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak mungkin akan selesai kerana pekerja asing tidak akan mahu balik lagi ke negara asal kerana merasakan di negara ini mereka senang berniaga dan mengusahakan tanah pertanian.

Keadaan ini juga akan menjadi daya penarik buat warga asing pelbagai negara termasuk pelarian Rohingya untuk berhijrah seterusnya berniaga di negara ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu melihat semula kewajaran membawa masuk pekerja asing terutama dari Bangladesh dalam jumlah yang terlalu ramai.

Ini bagi memudahkan kerajaan memantau aktiviti mereka di sini serta mengelakkan saiz ekonomi gelap bertambah besar hingga merugikan negara.

Sikap rakyat tempatan sendiri yang mengalibabakan perniagaan kepada warga asing untuk mengaut keuntungan atas angin juga antara punca.

Lelaki dari Bangladesh dan Pakistan yang datang ke Malaysia juga terlalu mudah dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan.

Adakalanya sanggup berkahwin lebih daripada seorang bagi memudahkan mereka membuka cawangan perniagaan di banyak kawasan.

Lelaki Pakistan dilaporkan tidak kisah untuk berkahwin dengan wanita tempatan yang lebih berusia asalkan matlamat mereka untuk berniaga dengan membuka kedai runcit, kedai perabot dan restoran tercapai.

Strategi berkahwin dengan wanita tempatan digunakan supaya mereka boleh memohon pas lawatan jangka panjang yang membenarkan mereka bekerja dalam bidang profesional dan berniaga di negara ini.

KDN perlu mengetatkan syarat pas jangka panjang supaya tidak terus dieksploitasi dengan mudah oleh warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Akta khas perlu digubal bagi membendung kegiatan mengalibabakan perniagaan daripada terus berleluasa dengan mengenakan hukuman denda kepada rakyat Malaysia yang didapati bersalah.

 

Pengarang : M. FAISAL, Kuala Lumpur yang juga disiarkan di Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img