spot_img
spot_img

Keputusan permohonan geran industri digital diumum Julai ini

spot_img

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan bagi geran-geran utama industri digital yang dikeluarkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dijangka diumumkan Julai ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) menerima sambutan yang menggalakkan sejak permohonannya dibuka bermula 2 Mei lalu.

Ia dibuktikan dengan penyertaan hampir 1,000 penggiat industri digital ke sesi taklimat secara maya pada 9 Mei lalu dengan lebih 300 soalan dan maklumat mengenai kriteria kelayakan permohonan geran telah dikemukakan, katanya.

- Advertisement -

Fahmi berkata, permohonan yang terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan Jun ini dan keputusan permohonan dijangka diumumkan pada Julai tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima.

“Saya menggesa lebih ramai penggiat industri kreatif tempatan mengambil peluang memohon geran-geran yang disediakan bagi memanfaatkan peluang untuk kekal utuh berdaya saing dalam pasaran tempatan sekali gus menembusi pasaran global,” katanya.

Tarikh tutup permohonan geran adalah pada 1 Jun ini dan maklumat lanjut boleh didapati di www.mdec.my/grants.

- Advertisement -

Menurut kenyataan itu DCG 2023 memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital dan menyediakan empat cabang geran lain iaitu geran projek mini; geran pembangunan; geran produksi; serta geran pemasaran dan pengkomersialan.

Keempat-empat geran itu bernilai antara RM150,000 dan RM2 juta adalah untuk syarikat, perusahaan, syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) yang membabitkan empat bidang kandungan digital iaitu animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif.

“MDXG pula memberi tumpuan kepada syarikat tempatan yang membuktikan kesediaan untuk mengeksport produk, aktiviti atau perkhidmatan teknologi yang bernilai tinggi, inovatif dan mampan untuk pasaran global dengan tempoh projek maksimum selama setahun.

“MDCG memberi bantuan kepada syarikat teknologi bagi merangsang penggunaan serta pembangunan penyelesaian lestari dan inovatif selari dengan sektor-sektor yang dipromosikan oleh Malaysia Digital (MD) berteraskan teknologi 4IR dengan tempoh projek maksimum setahun,” menurut kenyataan itu.

 

Sumber – BERNAMA

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img