spot_img
spot_img

UMNO kembali menjadi parti berhaluan sederhana baik untuk negara

spot_img

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Adalah baik untuk negara apabila Umno kembali menjadi parti berhaluan sederhana seperti dahulu (pasca Merdeka) selepas bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli parti supaya bergerak ke arah lebih progresif dan mengelak daripada terjebak dengan politik toksik seperti perkauman dan sentimen keagamaan yang melampau.

- Advertisement -

Zahid mengingatkan ahli Umno untuk kembali kepada akar sejarah parti dan berkata parti itu bermula sebagai gerakan politik untuk memperjuangkan aspirasi rakyat dan bukannya sebagai kumpulan “elit” yang mempunyai kepentingan.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Azmi Hassan berkata inilah masanya Zahid membuktikan Umno adalah parti yang memperjuangkan rakyat, sama seperti zaman dahulu.

“Sangat ironis bagi Zahid untuk mengatakan Umno menyingkirkan politik toksik dan menjadi lebih progresif apabila parti itu sendiri biasanya terlibat dalam perbalahan dalaman.

- Advertisement -

“Namun, ini adalah peluang untuk Zahid membuktikan Umno akan kembali berhaluan tengah, parti untuk semua, kerana mereka bekerjasama dengan PH melalui kerajaan perpaduan.

“Sudah tentu pilihan raya negeri adalah faktor utama di sini tetapi ia bagus untuk politik negara kita dan Umno perlu terus menentang PAS yang memainkan sentimen toksik menggunakan kad kaum dan agama,” katanya yang dipetik dari Malay Mail.

Profesor Madya Mohd Azizuddin Mohd Sani dari UUM percaya bahawa Umno boleh menjadi sangat berjaya apabila kembali ke arah asal iaitu menjadi centrist party.

“Zahid mahu Umno bersikap sederhana dan menyebarkan politik sentris dan menolak pendekatan paling kanan (ekstremis kaum dan agama). Ia bagus untuk Malaysia kerana kita adalah sebuah negara berbilang kaum.

“Zahid boleh berjaya kerana Umno dulu dikenali sebagai centrist sehingga mungkin tahun 2005 sahaja. Ia bukan sesuatu yang baru bagi mereka. Ahli parti perlu cepat belajar dan dengan bantuan kerajaan perpaduan, saya percaya Umno boleh melakukannya,” katanya.

Musuh Umno iaitu Bersatu tepaksa menjadi haluan kanan, memainkan kad perkauman dan agama sepenuhnya kerana mereka bersama Pas dan hanya bergantung kepada sokongan orang Melayu semata-mata. Bersatu pada awalnya ditubuhkan untuk menjadi alternatif Umno bagi orang Melayu. Selepas penyingkiran pengasas dan pengerusi mereka Tun Dr Mahathir Mohammad, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan naratif Melayu dan Islam bersama Pas yang dominan di dalam gabungan itu.

Profesor Pengajian Asia Universiti Tasmania James Chin berkata memacu Umno ke arah baharu dan kembali seperti asal akan mengambil masa beberapa tahun.

Menurut James, Umno perlu mengakui bahawa mereka kalah akan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional (PN). Jadi satu-satunya cara untuk memenangi semula hati orang Melayu ialah kembali ke jalan tengah.

“Sebab itu dia (Zahid) bercakap tentang zaman awal Umno,” kata James lagi yang dipetik dari Malay Mail .

Namun begitu, masih ada cabaran bagi akar umbi Umno yang tidak biasa bekerjasama dengan parti lain di luar Barisan Nasional terutamanya DAP. Oleh sebab itu, ia akan mengambil masa dan kerajaan perpaduan harus terus menang dan memerintah negara.

Begitu juga tindak-tanduk parti lain dalam komponen kerajaan perpaduan terutamanya akar umbi DAP, perlu dikawal supaya Umno tidak bertindak balas semula dan menjadi semula parti berhaluan kanan. Umno dengan jentera yang berpengalaman mereka telah terbukti mampu memporak-perandakan kerajaan PH 1.0 dahulu apabila menjadi ekstremis kaum dan agama semasa Maufakat Nasional bersama Pas. Pastinya Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak mahu perkara ini berulang kembali. Jadi bagi mereka yang berada di dalam komponen kerajaan perpaduan yang tidak senang atau ‘takut’ dengan kebangkitan semula Umno, haruslah berkorban perasaan itu jika ingin mempunyai kerajaan yang berterusan dan kuat.

Perkembangan kerajaan kini adalah baik untuk kestabilan dan kemajuan negara. Setiap parti komponen di dalam kerajaan perpaduan perlu lebih terbuka. Ahli-ahli perlu membuka minda dan menyokong peralihan ini demi agama, bangsa dan negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img