spot_img
spot_img

4 perkara kerajaan perlu pastikan untuk perintah lama

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan perlu menyelesaikan empat perkara asas yang dituntut dan dimahukan oleh rakyat sekiranya mahu terus kekal berkhidmat di peringkat Persekutuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, semua rakyat tanpa mengira golongan memerlukan kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah dihadapi di empat perkara iaitu makanan, kualiti pendidikan, peluang pekerjaan dan kediaman.

Menurut beliau, mana-mana parti politik yang menjadi kerajaan tetapi tidak dapat menyelesaikan empat perkara dituntut oleh rakyat itu, ia menyebabkan mereka tidak akan dapat kekal lama.

“Semua rakyat tak kira mereka datang daripada B40, M40 dan T20. Mereka semua perlukan makanan. Apabila rakyat mahukan itu, kerajaan perlu pastikan kita mempunyai bekalan makanan dan sekuriti makanan yang utuh supaya tidak berdepan dengan soal makanan asas seperti ketiadaan ayam dan telur.

- Advertisement -

“Rakyat juga mahu lihat bagaimana sebuah kerajaan memberi kualiti pendidikan, sama ada dari segi sekolah rendah, sekolah menengah universiti dan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya semasa sesi dialog sesi memperkasakan ekonomi rakyat di Dewan Merdeka PWTC.

Mengulas lanjut, Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, sekiranya kerajaan dapat menyediakan kualiti pendidikan yang baik, kerajaan perlu turut fokus pada penyediaan peluang pekerjaan.

“Selepas rakyat dapat kualiti pendidikan, mereka mahukan peluang pekerjaan. Tidak guna kita ada pendidikan tetapi apabila keluar universiti, mereka menganggur,” katanya.

- Advertisement -

Bekas Menteri Kewangan II itu berkata, rakyat turut mahukan kerajaan menyediakan rumah untuk mereka iaitu khususnya kediaman golongan B40.

“Dalam rumah tersebut kena ada tiga perkara asas. Pertama, jalan-jalan raya yang efisien dan elok untuk sampai ke rumah mereka.

“Kedua, rakyat mahukan utiliti. Pastikan mana-mana rumah mereka tinggal sama ada rumah setinggan, sementara atau murah, mereka perlukan sumber elektrik, air dan internet,” katanya.

Sementara itu, Johari berkata, kerajaan perlu mempunyai kebolehan membawa pelaburan sama ada dalam negara atau dari luar negara.

“Kerana kerajaan tidak tahu berniaga, yang tahu meniaga adalah pelabur-pelabur atau usahawan-usahawan. Mereka akan buat perniagaan, hasil daripada mereka berniaga dalam negara kita maka akan mewujudkan peluang pekerjaan dan memenuhi citarasa ekonomi rakyat.

“Pelaburan juga memberi pendapatan kepada kerajaan melalui pelbagai cukai yang dikenakan kepada pelabur, peniaga dan usahawan. Apabila dapat hasil tersebut, kerajaan perlu berbelanja ia infrastruktur, lapangan terbang, sekolah, universiti sebagainya,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img