spot_img
spot_img

PM tawar penyelesaian menyeluruh masalah air di Kelantan

spot_img

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dalam menyelesaikan masalah air di negeri itu yang berlarutan.

Kelantan adalah satu-satunya negeri yang amat bermasalah dalam soal bekalan air, dengan gangguan dan kekurangan bekalan, tekanan yang tidak mencukupi sehingga air tidak keluar daripada paip, masalah air kotor dan masalah air berkarat.

Walaupun semakin lantang isu itu dibangkitkan oleh pihak musuh politik PAS, tetapi rakyat Kelantan tetap menyokong kepada PAS.

- Advertisement -

Anwar berkata jika kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama, kerajaannya akan melaksanakan projek bekalan air yang lengkap bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan.

“Hari ini, saya ingin mengumumkan pendirian kerajaan persekutuan untuk mencari dana dan penyelesaian untuk menyelesaikannya,” katanya sambil meminta kerjasama daripada kerajaan negeri.

Bercakap pada majlis rumah terbuka Madani Aidilfitri kerajaan pusat di Kota Bharu, Anwar berkata masalah bekalan air tidak seharusnya menjadi isu politik yang tidak berkesudahan yang membebankan rakyat selepas enam dekad merdeka.

- Advertisement -

Rakyat Kelantan bukanlah tidak mengalami keperitan berhubung masalah ini. Malah banyak dalam kalangan mereka yang turut melakukan inisiatif tersendiri untuk mengatasinya termasuk menggali telaga sendiri, membina telaga tiub dan menyediakan tandak air di kawasan berbukit atau pedalaman. Mereka terpaksa berbuat demikian untuk terus hidup sejajar dengan kepentingan air dalam kehidupan, setelah sedar kerajaan negeri menerusi syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sememangnya tidak berkeupayaan untuk membekalkan air dengan sempurna kepada rakyatnya ekoran beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi.

Anwar turut mengumumkan lebih banyak projek di Kelantan termasuk projek tebatan banjir dan keputusan kerajaan membina ibu pejabat polis negeri baharu di Tunjung, Kota Bharu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img