spot_img
spot_img

Dana Kewangan Asia penting untuk kemerdekaan ekonomi serantau – PM

spot_img

Jakarta 10 Mei : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini mengulangi gesaannya untuk penubuhan Dana Kewangan Asia (Asian Monetary Fund) selaras dengan inisiatif Asean untuk meningkatkan ekonomi serantau dan jaringan keselamatan.

Beliau berkata mekanisme serantau seperti itu akan dapat lebih memahami realiti dan keperluan negara anggota-anggota Asean dan sekali gus mencadangkan langkah pemulihan yang lebih sesuai.

Dalam isi kandungan ucapan beliau pada sesi pembukaan dan Sidang Kemuncak Asean ke-42 Tahun 2023, Anwar mengalu-alukan Deklarasi Pemimpin Asean Mengenai Memajukan Ketersambungan Pembayaran Serantau dan Mempromosikan Transaksi Mata Wang Tempatan (Declaration On Advancing Regional Payment Connectivity and Promoting Local Currency Transaction).

- Advertisement -

Inisiatif itu, katanya, akan meningkatkan penggunaan mata wang tempatan untuk menyokong perdagangan dan pelaburan rentas sempadan di Asean.

Mengenai Wawasan Komuniti Asean Pasca 2025, Perdana Menteri berkata Asean mesti dapat menunjukkan keyakinan dan kesediaan yang lebih besar untuk merebut peluang yang bertujuan membawa perubahan yang menggalakkan kepada rakyat dan wilayahnya.

Rantau ini akan menerima pakai Wawasan Pasca-2025 Komuniti Asean dalam dua tahun akan datang untuk melakarkan laluan strategik Asean untuk dua dekad akan datang.

- Advertisement -

Anwar berkata, Wawasan Pasca 2025 mesti meletakkan keperluan dan kesejahteraan rakyat Asean sebagai nadi agenda integrasi serantau dan memberi penekanan yang lebih kepada keterangkuman, kemampanan, transformasi dan responsif; serta meningkatkan kapasiti Asean dan keberkesanan institusi.

Perdana Menteri dan pemimpin Asean lain menghadiri sidang kemuncak itu untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama perkumpulan serantau.

Lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota Asean menyertai sidang kemuncak itu. Myanmar tidak dijemput, dan Thailand juga tidak menghantar wakil kerana bakal menghadapi pilihan raya pada 14 Mei ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img