spot_img
spot_img

PH tidak perlu bertanding di Terengganu, beri kepada UMNO sahaja

spot_img

Hulu Terengganu, 7 Mei — Tular adanya tentangan di dalam akar umbi Umno di Terengganu kerana beberapa pemimpinnya tidak mahu menerima calon Pakatan Harapan (PH) di negeri itu dan mungkin membantah sebarang keputusan untuk bantu-membantu di PRN akan datang.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang pemimpin Umno Terengganu yang tidak dinamakan mendakwa alasan bantahan itu adalah kerana akar umbi parti itu tidak mengalu-alukan kerjasama Umno dengan PH.

Beliau berkata isu itu dibangkitkan semasa mesyuarat perhubungan Umno negeri dengan ketua-ketua bahagian bulan lepas.

- Advertisement -

Menurut sumber itu yang menegaskan bahawa parti yang kuat di negeri pantai timur itu hanyalah Umno dan PAS. PH tiada rekod langsung dan tidak pernah menang di Terengganu. Ramai dalam jentera Umno tidak mahu bekerja untuk calon PKR dan Amanah, dan itulah yang berlaku sekarang.

Penolakan kerjasama itu akan menjadi lebih tegang sekiranya calon PKR dan Amanah menggunakan logo parti masing-masing, kemudian mahu jentera Umno membantu dan mengibarkan bendera mereka. “Ia pastinya sukar diterima oleh jentera di sini ,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia semalam.

Menurut pemimpin yang tidak dinamakan itu, calon PH Terengganu meminta beberapa kerusi DUN daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu termasuk yang pernah tewas seperti Cukai, Bandar dan Kemaman ditandingi calon PKR dan Amanah.

- Advertisement -

Beliau berkata perkara ini sedang diperhalusi, kemudian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimaklumkan segera.

Namun, pada masa sama, beliau juga dipetik sebagai menggesa akar umbi Umno Terengganu menerima bahawa mereka mungkin perlu bekerjasama dengan PH.

Menurut Utusan Malaysia, PH Terengganu mengintai 12 kerusi DUN pada pilihan raya akan datang.

Kesemua kerusi terbabit membabitkan gabungan calon PKR dan Amanah dan berada di kawasan yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum lalu pada 2018 (PRU14).

Mereka dikatakan Cukai, Kemasik, Sura, Rantau Abang, Rhu Rendang, Alor Limbat, Bandar, Batu Buruk, Manir, Buluh Gading, Kota Putera dan Jabi.

Sementara itu, BN Terengganu akan bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk 10 kerusi yang dimenangi pada PRU14, dan mereka ialah Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi, dan Kijal.

BN Terengganu juga dijangka bertanding di kerusi lain seperti Bukit Tunggal, Bukit Payung, Ladang, Wakaf Mempelam, Tepuh, Paka, Pengkalan Berangan, Air Putih, Ajil dan Kuala Berang.

Menurut Utusan Malaysia, peluang PH memenangi kerusi yang ditandingi di kubu kuat PAS Terengganu termasuk kerusi Rhu Rendang yang disandang Menteri Besar negeri Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar adalah tipis.

Bagaimanapun, BN Terengganu mahu bertanding lebih 20 kerusi kerana keahliannya lebih ramai dan jentera pilihan raya yang lebih kuat.

Pembahagian kerusi antara BN Terengganu dan PH Terengganu untuk pilihan raya negeri masih dalam fasa rundingan, dengan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said berkata terdapat perbincangan berterusan antara pemimpin parti berhubung jumlah kerusi yang akan diserahkan kepada PH .

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img