spot_img
spot_img

Ahli Parlimen guna pili bomba beri air kepada penduduk akan disiasat

spot_img

IPOH, 7 Mei — Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang Ahli Parlimen pembangkang di Kelantan menggunakan air pili bomba untuk diagihkan kepada penduduk setempat yang terjejas akibat masalah bekalan air.

Menterinya Nga Kor Ming berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap ahli parlimen itu kerana ia adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Punca air pili bomba digunakan untuk memadam kebakaran dan bukan untuk kegunaan harian.

- Advertisement -

“Jika semua orang menggunakan air pili bomba, apakah akan berlaku jika berlaku kebakaran? Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program “Larian Bersama Bomba” anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di bulatan Sultan Azlan Shah di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang didakwa menggunakan pam untuk mengambil air pili bomba untuk kegunaan penduduk setempat selepas beberapa kawasan di kawasan parlimen itu mengalami gangguan bekalan air.

- Advertisement -

(Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff)

 

Sumber : Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img