spot_img
spot_img

Kes Jana Wibawa : Hisyam Teh Poh Teik peguambela Muhyiddin

spot_img

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Peguam terkenal Datuk Hisyam Teh Poh Teik hari ini mengesahkan beliau akan menjadi peguam bela utama bagi bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram daripada program Jana Wibawa.

Hisyam menggantikan seorang lagi peguam Chetan Jethwani yang sebelum ini mewakili Muhyiddin ketika Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa di Mahkamah Sesyen bulan lepas.

Ia disahkan oleh Hisyam kepada Malay Mail dalam laporan mereka hari ini.

- Advertisement -

Hisyam pernah mewakili sebentar sebagai peguam utama Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan dalam merayu sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas unit 1MDB.

Hisyam juga mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi.

Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan rasuah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram bulan lepas.

- Advertisement -

Jana Wibawa, atau “Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa”, telah dilancarkan oleh pentadbiran Muhyiddin dengan tujuan yang didakwa untuk meningkatkan kapasiti dan daya tahan kontraktor Bumiputera dalam pembinaan, kononnya untuk menyokong pemulihan pasca-pandemik di Malaysia.

Di bawah pertuduhan pertama, Muhyiddin didakwa menerima rasuah berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd bagi pihak Bersatu. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Bagi pertuduhan kedua, Muhyiddin didakwa meminta rasuah RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd bagi pihak Bersatu. Kesalahan yang didakwa dilakukan di premis sama antara 20 Mac dan 20 Ogos 2021.

Pertuduhan ketiga dan keempat membabitkan rasuah bernilai RM19.5 juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff. Kedua-dua dakwaan kesalahan itu juga dikatakan berlaku di pejabat perdana menteri antara 20 Mac dan 20 Ogos 2021.

Bagi pertuduhan pertama pengubahan wang haram, presiden Bersatu itu didakwa menerima RM120 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd bagi pihaknya dan memasukkannya ke dalam akaun CIMBnya. Kesalahan yang didakwa dilakukan di Menara KL, cawangan Stesen Sentral, di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021.

Di bawah pertuduhan kedua, Muhyiddin turut didakwa menerima rasuah bernilai RM75 juta daripada syarikat sama dan telah memasukkannya ke dalam akaun sama di cawangan sama tetapi pada tahun selepas itu. Kesalahan yang didakwa itu dikatakan berlaku antara 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Bagi pertuduhan ketiga, Munyiddin didakwa menerima RM5 juta hasil dakwaan daripada aktiviti menyalahi undang-undang daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img