spot_img
spot_img

DAP tidak akan berkrompromi mengenai pengampunan Najib

spot_img

DAP terpaksa untuk berkompromi dengan ‘musuh’ bagi melibatkan diri sebagai salah satu komponen parti membentuk kerajaan, dan menurut bekas ahli parlimen Bangi dari DAP, Ong Kian Ming, kompromi itu masih di tahap yang boleh diterima ahli akar umbi parti itu.

Namun, beliau memberi peringatan bahawa kompromi itu ada hadnya bagi DAP. Ada batasan yang tidak patut melebihi hadnya.

Perkara utama yang tidak boleh DAP kompromi ialah pembebasan bekas perdana menteri Najib Razak yang telah hukuman penjara. Itu adalah red line (tahap maksimum) kompromi parti DAP, tambahnya lagi.

- Advertisement -

Beliau memberi pandangan  sedemikian ketika menjawab soalan yang diutarakan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan dan bekas calon UMNO parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin pada podcast ‘Keluar Sekejap’ yang diasaskan oleh Shahril dan disiarkan di YouTube.

Kian Ming juga berkata DAP masih boleh berkompromi dalam perkara seperti lantikan politik dalam GLC (government link companies) tetapi hingga tahap pembebasan Najib dari penjara, DAP tidak akan bersetuju.

Kian Ming juga mengakui pemimpin dalam DAP kini sukar mengkritik pada pihak lain kerana mereka sendiri melantik pemimpin mereka seperti Charles Santiago sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

- Advertisement -

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah disabit bersalah dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta. Dia juga dikenakan denda RM210 juta.

Pada bulan lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara memutuskan untuk memohon pengampunan Najib kepada Yang di-Pertuan Agong.

MKT turut akan menghantar memorandum yang ditandatangani kesemua 191 ketua bahagian Umno untuk diserahkan kepada Agong.

Rancangan untuk memohon pengampunan Najib telah dikritik sejumlah pemimpin PKR, Amanah, DAP dan badan bukan kerajaan yang Pro PH seperti BERSIH dan Majlis Peguam yang mencetuskan pergeseran antara gabungan itu dengan BN.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img