spot_img
spot_img

Max Verstappen kemenangan dan kekayaan bukan segalanya

spot_img

BAKU, 28 April — Juara dunia berganda Max Verstappen menyuarakan  masa depannya dalam sukan Formula Satu (F1) selepas kontrak bersama pasukan Red Bull tamat pada 2028 kelak.

Pemandu Red Bull yang berusia 25 tahun itu, mengecapi dua kali kejuaraan daripada tiga perlumbaan pada tahun ini dan boleh merangkul kejuaraan dunia kali ketiga dengan banyak lagi perlumbaan musin ini.

Hujung minggu ini, litar pecut di Azerbaijan merupakan perlumbaan kali ke enam daripada 23 perlumbaan musim ini.

- Advertisement -

Manakala, tahun depan berkemungkinan ada 24 perlumbaan, dengan negara China akan kembali menganjurkan sukan itu selepas berehat empat tahun akibat Covid-19.

Verstappen bukanlah peminat litar pecut dan berfikir panjang apabila ditanya oleh wartawan di Baku mengenai format perlumbaan yang baharu dan jadual F1 yang semakin panjang.

Pemandu Belanda itu mempersoalkan dirinya dihadapan wartawan bahawa adakah semua ini berbaloi untuk dirinya dengan musim kejohanan yang bertambah.

- Advertisement -

“Saya suka berlumba, saya suka menang. Saya tahu bahawa sudah tentu bayaran dan segala-galanya, mempunyai kehidupan yang baik, tetapi adakah ia sebenarnya kehidupan yang baik?”, soalnya.

Beliau berkata mungkin di suatu tahap nanti, akan terfikir untuk mencuba perkara baharu. Max Verstappen juga berkata bahawa beliau dia tidak berminat untuk menyamai atau menewaskan Michael Schumacher dan Lewis Hamilton dengan rekod tujuh gelaran Juara Dunia.

“Mereka dari luar sukan ini mungkin berkata saya pelik kerana berkata begini, kerana mereka hanya nampak kekayaan dan kemenangan semata-mata, tetapi saya mahu melakukan perkara lain, pertandingan lain. Sedikit seperti Fernando (Alonso) lakukan,” katanya.

Alonso, juara dunia F1 berganda, juga pemenang dua kali 24 Jam Le Mans dan telah mengambil bahagian dalam Indianapolis 500.

Pelumba Sepanyol itu, kini berusia 41 tahun, memburu podium keempat berturut-turut bersama Aston Martin di Baku hujung minggu ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img