spot_img
spot_img

MARA mahu doktor kontrak buka klinik sendiri

spot_img

KUALA LUMPUR: Majlis Ama­nah Rakyat (Mara) sedia membantu doktor kontrak yang tidak ditawarkan jawatan tetap untuk membuka klinik sendiri termasuk menyediakan pinjaman modal dan latihan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga kini, Mara telah membantu ramai doktor dan ahli farmasi menjadi usahawan dengan membuka cawangan kemudahan itu di bawah jenama U.n.i Klinik, U.n.i Dental dan U.n.i Farmasi.

- Advertisement -

(Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Pengerusi MARA)

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan pertemuan de­ngan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), SME Bank dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam waktu terdekat bagi membincangkan bagaimana dana keusahawanan yang disediakan kerajaan boleh disalurkan untuk faedah doktor kontrak.

EKOSISTEM

“Kita menyediakan ekosistem supaya mereka tidak gagal dalam industri ini dengan memberi latihan keusahawanan, pengawa­san, bimbingan dan kita siapkan juga rantaian bekalan supaya harga peralatan yang hendak dibeli semua di tahap yang paling rendah.

- Advertisement -

“Tetapi mereka (doktor) kena fokus kepada kelompok sasaran (pelanggan) kerana kita menyediakan klinik ini bukan untuk hanya orang yang mempunyai wang.

“Mara kawal selia dari segi caj perkhidmatan supaya tidak seperti klinik swasta dan tidak juga semurah klinik kerajaan tetapi dalam lingkungan yang berpatutan untuk golonganB40 dan M40,” katanya ketika temu bual eksklusif dengan Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Syarat membuka klinik sendiri agak mudah iaitu mesti seorang doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan telah menjalani per­khidmatan wajib di hospital kerajaan.

Asyraf Wajdi berkata, kerjasama Mara dengan pihak penyalur dana adalah selaras dengan prinsip yang dipegang beliau iaitu agensi-agensi kerajaan tidak boleh bekerja secara silo, sebaliknya kena bergerak secara sinergi.

“Kalau kita bekerja sebagai satu sinergi, mereka beri dana kepada kita, tak perlulah kita minta dana tambahan daripada kerajaan kerana Mara ada kekangan untuk membantu doktor kontrak membuka satu klinik yang memerlukan antara RM250,000 hingga RM400,000,’’ katanya.

BERKEMBANG

Asyraf Wajdi berkata, peranan Mara bukan sahaja melatih usahawab tetapi menyediakan ekosistem yang akan memastikan mereka kekal dalam industri bahkan bo­leh berkembang.

“Saya nampak pada satu hari nanti, kalau kita mempunyai jaringan klinik-klinik yang besar, kita boleh buat konsortium bahkan kita boleh menubuhkan sebuah hospital sendiri dan ini boleh menyelesaikan sebahagian isu doktor kontrak.

“Mara bukanlah boleh menyelesaikan semua masalah ini tetapi kita menyediakan alternatif dan sedikit sebanyak menyelesaikan masalah yang ada,” katanya.

Tambah beliau, pembukaan 88 cawangan kemudahan U.n.i sejak 2021 telah menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 300 orang.

Setakat ini, penubuhan klinik-klinik ini memang berjaya, pendapatan sentiasa me­ningkat dan usahawan membayar balik pinjaman tepat pada masanya, bahkan ada yang menambah cawangan baharu,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyerap 12,800 orang daripada 20,333 doktor lantikan kontrak ke jawatan tetap tetapi ia tidak dapat dilaksana segera kerana keka­ngan kewangan.

Kata Perdana Menteri, isu itu akan diselesaikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

 

 

Sumber : Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img