spot_img
spot_img

SPRM : Majlis Peguam jangan buat u-turn

spot_img

KUALA LUMPUR, 20 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi kenyataan balas kepada Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) selepas badan itu kerap kali berkata SPRM tidak mempunyai kuasa untuk menyelia badan kehakiman. Majlis Peguam merujuk kepada siasatan SPRM terhadap bekas hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

New Straits Times memetik ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata bahawa badan peguam itu harus berhenti mengamalkan sikap pilih kasih.

“Beritahu orang-orang ini, Majlis Peguam atau sesiapa sahaja mereka, jangan mengamalkan double standard (pilih kasih). Saya masih ingat dengan jelas bahawa semasa saya di BPR, (Badan Pencegahan Rasuah – badan sebelum SPRM), mereka mendesak kami untuk menyiasat hakim. Jadi kenapa perlu buat u-turn sekarang?” kata beliau.

- Advertisement -

“Kami (BPR) juga tidak mempunyai kuasa ketika itu. Namun, kami pernah dipanggil oleh badan peguam untuk menyiasat hakim mahkamah atasan,” katanya, tetapi tidak menyatakan kes yang mana.

Awal bulan ini, Majlis Peguam berkata bahawa sabitan SRC International terhadap bekas perdana menteri yang dijatuhi hukuman penjara, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia telah menjalankan sepenuhnya peranan undang-undangnya.

Majlis Peguam Malaysia dakwa SPRM telah melanggar batas kuasanya

- Advertisement -

Presidennya Karen Cheah juga berkata siasatan SPRM ke atas Mohd Nazlan, yang pertama kali memutuskan kes Najib, tidak ada kaitan kerana SPRM bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk menyelia badan kehakiman.

(Presiden Bar Council Karen Cheah)

Karen Cheah berkata sebarang persoalan mengenai etika dan kelakuan hakim hendaklah menjadi bidang kuasa Jawatankuasa Etika Kehakiman di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.

Azam bagaimanapun berhujah bahawa siasatannya terhadap tindakan Hakim Nazlan hanya dimulakan selepas SPRM menerima lapan aduan daripada orang ramai.

“Jadi, kalau kita tak siasat, apa yang patut kita buat? Awak beritahu saya. Patutkah kita membuang laporan itu ke dalam tong sampah? Senyap?

“Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat, itu adalah kesimpulan penghakiman itu,” katanya.

Menurut Azam, adalah perkara biasa untuk menjalankan siasatan ke atas salah laku pegawai awam, dan SPRM telah menyerahkan lebih 100,000 laporan kepada ketua jabatan berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan kami bermula dengan perkara rasuah. Jika kita menemui unsur-unsur salah laku yang lain, adalah menjadi kewajipan kita untuk melaporkannya kepada ketua-ketua jabatan (HOD – head of department),” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa sebaik sahaja SPRM menyerahkan laporannya kepada HOD, kewajipannya SPRM telah selesai.

“Kami hanya akan mencadangkan siasatan. Tetapi terpulang kepada HOD sama ada mereka mahu mengambil sebarang tindakan. Cadangan kami belum muktamad,” katanya.

Isu Hakim Nazlan menjadi perhatian semula kini kerana pengampunan Najib oleh yang di Pertuan Agong akan diadakan. Majlis Peguam dilihat membela Hakim Nazlan dan menyokong keputusan mahkamah dalam mensabitkan kesalahan Najib dalam kes SRCnya.

Namun laporan dari SPRM terdapat bukti konflik kepentingan dan Hakim Nazlan didapati tidak sepatutnya mengadili kes tersebut.

Menteri Undang-undang : Hakim Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes SRC

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img