PUTRAJAYA: Kerajaan boleh jimat sehingga RM100 juta jika enam negeri sepakat membuĀbarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak berbanding diadakan berasiĀngan yang akan menelan kos sehingga RM500 juta. Inilah kos ‘cita-cita’ ahli politik negara di dalam memenuhi cita-cita mereka untuk memenangi sesuatu pilihanraya
Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika enam negeri itu bersetuju PRN serentak, kosĀnya cuma RM400 juta berbanding diadakan berasingan RM500 juta, katanya yang dipetik melalui Utusan Malaysia.
Menurut beliau, SPR mempunyai ruang untuk melaksanakan PRN bagi enam DUN secara serentak pada Julai sekiranya kesemua sepakat membubarkan pada minggu akhir Jun.
Katanya, pelaksanaan PRN serentak itu tetap boleh dijalankan walaupun tarikh pembubaran tidak sama, tetapi ia perlu berlaku dalam minggu yang sama.
PRN bagi enam negeri itu perlu diadakan pada tahun ini, memandangkan tempoh hayat setiap DUN terlibat akan tamat antara 26 Jun hingga 2 Ogos tahun ini atauĀ enam DUN berkenan akan terbubar dengan sendirinya apabila tamat tempoh hayat DUN maĀsing-masing.
Belum ada keputusan sama ada ia akan berlaku serentak atau tidak kerana keputusan politik boleh berubah pada bila-bila masa kerana ia ditadbir oleh parti-parti yang berseteru.
Untuk rekod, tamat hayat enam DUN terlibat ialah Selangor (26 Jun), Kelantan (28 Jun), Terengganu (1 Julai), Negeri Sembilan (2 Julai), Kedah (4 Julai) dan P.Pinang (2 Ogos).
Menurut Wan Ahmad, tanggungjawab dan tugasan menjalankan proses demokrasi bukan hanya di bahu SPR, tetapi pelbagai jabatan dan agensi lain turut terlibat bermakna seluruh jentera kerajaan terikat membantu SPR untuk menĀjayaĀkan pilihan raya.
āBayangkan jika enam PRN tidak dilaksanakan serentak, bukan sahaja SPR tetapi semua jabatan dan agensi lain yang terlibat terpaksa menjalankan kerja yang sama berulang kali. Tidakkah itu pembaziran masa, tenaga dan wang.
āJusteru, saya berharap keĀraĀjaan di enam negeri terlibat wajar lupakan ego politik yang merugikan rakyat dan negara, seterusnya pada masa sama SPR dapat mengelak pembaziran masa, tenaga dan wang negara,ā katanya.