spot_img
spot_img

Hanya 6 bulan jadi menteri, sudah ada skandal 97 juta ?

spot_img

CYBERJAYA — Skandal rasuah didakwa membabitkan RM97 juta melibatkan penahanan dua pegawai kanan Menteri Sumber Manusia mengejutkan banyak pihak.

Ini kerana, kurang enam bulan menteri baharu mengangkat sumpah, kes penyelewengan sudah melibatkan jumlah hampir RM100 juta.

Menurut warganet yang mempersoalkan, tidakkah sebagai Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar tidak mengetahui apa yang berlaku dan dilakukan oleh pegawai kanannya?

- Advertisement -

Menurut mereka, peruntukan sebesar itu pastinya memerlukan kelulusan menteri terlebih dahulu.

Mereka mendesak supaya Sivakumar meletak jawatan bagi memudahkan siasatan dijalankan demi imej kementerian serta partinya, DAP.

“Adalah memalukan jika Sivakumar ditangkap SPRM ketika masih lagi berjawatan menteri,” menurut satu poster grafik yang beredar di sosial media.

- Advertisement -

Sejak tengah hari tadi berlegar khabar angin mengatakan Sivakumar ditahan SPRM atas penyelewengan RM97 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan tangkapan itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

“Ya, seorang pegawai ditahan dan direman tapi saya tak pasti (buat masa ini) berapa hari,” katanya.

Azam bagaimanapun tidak memberitahu berapa lama suspek terbabit direman.

Penahanan terbaru hari ini menjadikan sudah ada dua pegawai kanan ahli parlimen Batu Gajah itu disiasat agensi penguat kuasa berkenaan.

Semalam SPRM menahan seorang pegawai kanan Sivakumar, selain seorang ahli peniaga dari Ipoh berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Sumber — BebasNews

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img