spot_img
spot_img

Bukan ‘kahwin paksa’, tetapi ‘terpaksa berkahwin’

spot_img

Politik Malaysia tidak boleh disamakan seperti negara maju di mana ia bersandarkan KPI (key performance index) atau kebolehan sesebuah parti dalam mentadbir urus negara. Malaysia belum tiba ke tahap itu lagi.

Negara Amerika Syarikat juga mengalami ‘kemunduran politik’ bermula pada era Presiden Trump yang memenangi pilihanraya Presiden lalu. Naratif beliau ialah berhaluan ekstrem dengan mengagungkan kaum kulit putih dan merendahkan kaum pendatang. Sekarang AS tidak lagi dilihat sebagai kuasa dunia dominan akibat sikapnya yang beralih kepada perkauman, menghalang perkongsian dan bersifat inklusif. Tidak seperti ideal penubuhan AS untuk semua; Land of the freedom and brave. Kini menjadi land of the white only. Kuasa baru dunia yang bersikap lebih terbuka, bekerjasama antara negara dan eksklusif buat semua seperti Arab Saudi, China dan Russia sedang marak berkembang pengaruh mereka.

Di Malaysia pula, pengundi Melayu Islam adalah suara majoriti dan masih bersifat inklusif. Mereka membentuk negeri-negeri yang kurang membangun dan banyak kawasan perkampungan. Pengundi segmen ini mengundi mengikut sentimen agama dan bangsa, kurang peduli akan ekonomi seharian dan kemajuan masa hadapan. Ia lebih mudah untuk didampingi ahli politik berbanding pengundi kompleks di bandar yang lebih kritikal.

- Advertisement -

Oleh sebab itu, kawasan bandar kebanyakannya di kuasai oleh parti bukan Melayu atau naratif politik yang tidak berasaskan agama. Wakil rakyatnya juga berpotensi boleh diletakkan calon bukan Islam.

Sebagai contoh dalam isu ini, walaupun Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor adalah seorang pemimpin berkontroversi, namun Perikatan Nasional (PN) tetap akan meraih manfaat dengan meletakkannya sebagai poster boy PN pada PRN ini. 

- Advertisement -

Sanusi popular di Kedah khususnya di kalangan pengundi PAS. Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahya berkata faktor kekuatan Sanusi ialah kerana kegigihan Sanusi  mempertahankan kepentingan negeri Kedah dan berani mendesak musuh politiknya. Walaupun Menteri Besar Kedah itu tidak begitu mesra dengan kerajaan Anwar Ibrahim, ia tidak menggusarkan rakyat Kedah dan masih dilihat positif terhadapnya.

Walaupun kerajaan perpaduan dilihat utuh berbanding kerajaan-kerajaan yang terbentuk selepas PRU14 lalu, namun ia masih terdapat serangan-serangan dalaman dari parti komponen kerajaan itu sendiri.

Yang terbaru ialah komen dari bekas Naib Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri tempoh terpendek negara, Datuk Seri Ismail Sabri berkata BN dan PH merupakan suatu ‘perkahwinan paksaan’. Kerajaan terutamanya UMNO dan DAP perlu mengakui komen sebegini akan membina sentimen atau perspektif kepada pengundi simple, pengundi Melayu luar bandar majoriti seperti yang disebut di atas.

Jika kerajaan dapat menangkis dan memberi penerangan sekalipun, hanya pengundi bandar yang boleh melihat atau mempertimbangkan naratif balas tersebut.

Wartawan veteran Mohsin Abdullah mengajak kita untuk mengimbau kembali penubuhan kerajaan perpaduan. Ia wujud demi memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan campuran dibentuk apabila PRU15 tidak menyaksikan mana-mana gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk memerintah secara mutlak. Gesaan itu baginda suarakan dengan mengambil kira kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. Pakatan Harapan menyambut titah Agong. Begitu juga Barisan Nasional. Dengan titah ini, adakah Ismail Sabri menyifatkan Agong memaksa PH dan BN untuk berkahwin?

(Pembentukan kerajaan perpaduan antara BN-PH ibarat ‘kahwin paksa’ – Ismail Sabri)

Perlu juga diingat Muhyiddin Yassin, pengerusi Perikatan Nasional, menolak saranan Agong kerana lebih rela menjadi pembangkang. Sejak keputusan itu sehingga ke hari ini PN yang dianggotai Bersatu dan PAS tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan. Lantas membuktikan Agong memberi parti politik kebebasan untuk membuat keputusan masing-masing.

“Maksudnya tidak ada paksaan. Ditegas sekali lagi, menggunakan istilah ‘perkahwinan paksa’ tidak betul”, kata Mohsin yang mana penulisannya disiarkan di portal Free Malaysia Today.

Sebenarnya istilah yang paling tepat ialah ‘terpaksa kahwin’ yakni PH dan Umno terpaksa berbuat demikian. PH yang dianggotai PKR, DAP, dan Amanah ‘terpaksa kahwin’ untuk memanfaatkan jumlah kerusi yang mereka menang sekaligus menempatkan Anwar Ibrahim di jawatan perdana menteri. Umno pula ‘terpaksa kahwin’ demi memastikan ia duduk dalam kerajaan dan untuk “political survival”. Gabungan politik Sabah dan Sarawak ‘terpaksa kahwin’ demi menjayakan agenda Borneo dan menjaga kepentingan rakyat wilayah berkenaan.

Bagaimana pula DAP? Parti berbilang bangsa tetapi majoriti Cina itu ‘terpaksa kahwin’ dengan mengambil risiko dicemuh pengundinya terutama masyarakat Cina kerana berbaik-baik dengan Umno, yang disifatkan penyokongnya sebagai parti ‘tidak bersih’.

Mujur bagi DAP menurut Mohsin, pengundi mereka ‘menerima hakikat’ parti itu terpaksa berbaik dengan Umno untuk mengelak PN berkuasa. Bagi majoriti masyarakat bukan Melayu, Umno “is the lesser devil” berbanding PN. Jelas takutnya mereka akan PN membolehkan mereka ‘merestui’ kerjasama DAP-Umno dalam kerajaan.

Ismail Sabri mengungkapkan bahawa kerajaan bakal roboh mungkin bersandarkan pertelingkahan kecil antara pemimpin UMNO dan DAP yang tercetus baru-baru ini. Itu pun disuarakan oleh pemimpin DAP yang berbangsa Melayu seperti disiarkan artikel Berita Tular sebelum ini.

Peluang menang PRN di negeri Melayu lebih kepada PN berbanding UMNO

“Pada pandangan saya, apa yang dikatakan Aziz (Na­ib Pengerusi DAP Perak) itu ada benarnya. Seperti yang pernah dinyatakan pada artikel saya terdahulu, serangan PH ke atas Umno pada kempen PRU15 meninggalkan kesan umpamanya lagu “hoi ya hoi penyamun”. Tetapi strategi PH itu lebih menguntungkan PN. Umno kalah teruk kerana dilihat parti tercemar rasuah, oleh bukan sahaja orang bukan Melayu tetapi orang Melayu juga”, ujar Mohsin lagi.

Adakah benar Umno tidak (atau belum?) mampu tarik minat orang Melayu kerana Melayu tidak percaya DAP? Atau orang Melayu masih mencurigai pemimpin Umno yang tercalar dengan tuduhan rasuah?

Atau orang Melayu tetap terpukau dek strategi Islami PAS dan kemelayuan Bersatu? Semua itu persoalan besar yang mungkin akan terjawab semasa PRN di enam buah negeri kelak. Data yang ada sekarang ialah PRU15 sahaja.

Perlu diingat, jangkaan UMNO bahawa PN tidak akan dapat undi Melayu dengan majoriti adalah jauh meleset pada PRU15 lalu, dan mungkin sebaliknya juga boleh berlaku pada PRN ini.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img