spot_img
spot_img

Peluang menang PRN di negeri Melayu lebih kepada PN berbanding UMNO

spot_img

Kulim Bandar Baharu : Walaupun Parti Perikatan Nasional (PN) sedang dilanda kegawatan kewangan (mungkin) akibat daripada pembekuan akaun parti mereka oleh SPRM dan juga pendakwaan rasuah ke atas para pemimpinnya, PN masih dilihat sebagai favorite untuk terus kekal sebagai pembentuk kerajaan di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Kerajaan Perpaduan kini mengharapkan UMNO untuk memikul tanggungjawab untuk merampas kembali atau mengurangkan majoriti kemenangan PN di negeri-negeri tersebut. Namun, di atas kertas dan sentimen semasa, ia kelihatan sukar untuk dicapai.

Pemerhati politik berpendapat, masih tidak nampak usaha-usaha daripada UMNO yang lebih berkesan dalam menarik sokongan Melayu yang masih dingin dengan parti berkenaan.

- Advertisement -

UMNO yang berada di dalam kerajaan masih tidak mempunyai impak usaha yang besar atau agenda yang lebih berkesan dalam mengembalikan soko­ngan Melayu terhadap parti itu. Pada pandangan kasar orang Melayu, UMNO hanya dilihat banyak mengambil tindakan politik keperibadian sahaja, iaitu lebih kepada me­ngukuhkan kedudukan presiden semata-mata.

Ditambah dengan kerjasama UMNO bersama PH yang dibayangi DAP, UMNO memerlukan ‘keajaiban segera’ supaya orang Melayu luar bandar dapat menerima pakatan itu. Ini sangat berbeza dengan gabungan Bersatu dengan PH semasa PRU14 lalu, kerana sentimen ‘anti Najib’ begitu kuat dan berjaya di mainkan pembangkang yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang berjaya menyatukan undi majoriti orang Melayu bandar serta luar bandar, dicampur dengan seluruh majoriti bukan Melayu kepada satu suara peti undi.

- Advertisement -

(Hanya Tun Dr Mahathir yang berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dalam menjatuhkan kerajaan BN yang memerintah 6 dekad sejak merdeka)

Kini orang Melayu melihat UMNO kurang berkata-kata di dalam kerajaan bagi kepentingan Melayu. Kemungkinan besar pengundi Melayu luar bandar masih melihat PN sebagai alternatif yang terbaik bagi membela nasib mereka.

Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan DAP dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang pro-DAP yang tidak menyokong UMNO seperti Majlis Peguam dan BERSIH, UMNO kelihatan lemah dan tiada suara untuk melawan naratif mereka. UMNO sudah tidak begitu ‘bertaring’ atau punyai kelantangan suara yang sama semasa UMNO mengkritik kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu.

Na­ib Pengerusi DAP Perak, Dr. Aziz Bari telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak mampu memainkan peranan dalam menarik undi Melayu berbanding PN. Beliau juga mengkritik bahawa UMNO dilihat hanya menum­pang kekuatan Pakatan Harapan (PH) kerana kelangsungan parti itu semakin pudar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed juga mengakui bahawa DAP adalah cabaran utama kepada UMNO, ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan yang tidak membina dari rakan komponen kerajaannya itu.

(MKT UMNO Nur Jazlan)

Nur Jazlan berkata UMNO sememangnya ikhlas ma­hu menjayakan kerjasama da­lam Kerajaan Perpaduan ini, sebab itu UMNO mengambil pendirian untuk berdiam diri. Tetapi, tindak-tanduk dari DAP pula yang keluarkan ke­nyataan – kenyataan yang tidak memihak UMNO menyukarkan lagi situasi sekarang dan sepatutnya DAP perlu menghargai usaha UMNO dalam memboleh­kan Kerajaan Perpaduan ini dibentuk, menurutnya.

Walaupun Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang dikatakan celupar dan tidak menjaga hubungan dengan kerajaan persekutuan, beliau tetap menjadi Poster Boy PN di negeri itu. Ini menunjukkan keyakinan PN bahawa apa sahaja naratif yang di bawa oleh kerajaan negeri, ia disokong sepenuhnya oleh pengundi di negeri itu. PN tidak goyah di Kedah.

(Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor -STR/LUQMAN HAKIM ZUBIR)

Timbalan Presi­den Pas, Datuk Seri Tuan Ibra­­him Tuan Man juga yakin PN akan memperoleh majoriti besar pada PRN kali ini dengan bersandarkan formula asas yang diguna pakai sebagai strategi iaitu pemilihan calon yang winable candidate dan semangat muafakat saling bantu – membantu antara parti komponen PN di kawasan yang telah diputuskan oleh parti itu.

Walaupun begitu, bagi pihak kerajaan perpaduan, UMNO masih dilihat sebagai ‘ayam tambatan’ kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyekat ‘gelombang hijau’ atau gelombang PN seperti yang berlaku semasa PRU15 di ne­geri-negeri pantai timur dan kawasan utara negara. UMNO dilihat parti terbaik untuk menarik undi Melayu berban­ding PKR dan Amanah.

Anwar sedar bahawa kerajaannya tidak boleh selesa hanya di negeri Pulau Pinang, Negeri Sem­bilan dan Selangor. Mereka perlu mendapatkan kembali sekurang-kurangnya Kedah atau Terengganu. Dua negeri ini pernah menyaksikan beberapa pertukaran kerajaan yang mudah antara UMNO mahupun PAS.

Bagi UMNO pula, mereka perlu mengelak atau menghentikan terus ‘perseteruan politik’ dalaman mereka yang melemaskan pengundi Melayu. Apa guna jika gah menang di pemilihan parti baru-baru ini, tetapi parti tidak menjadi kerajaan ?

 

Pendapat meja editorial tidak melambangkan pendirian Berita Tular

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img