Pada Jumaat keempat dan mungkin Jumaat yang terakhir Ramadan pada tahun ini, ratusan rakyat Palestin melalui pos pemeriksaan tentera Qalandiya dalam perjalanan ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi Israel untuk solat Zohor.
Ramai lagi melakukan perkara yang sama di lain-lain pusat pemeriksaan di seluruh Tebing Barat yang diceroboh Zionis itu.
Di bawah pengawasan tentera Israel, wanita dari semua peringkat umur dan lelaki Palestin di bawah 12 dan lebih 55 tahun dibenarkan melalui terminal di Tebing Barat tanpa permit ketenteraan yang sukar diperoleh.
Tetapi melepasi pusat pemeriksaan adalah satu kepayahan dan keperitan yang lebih lagi bagi umat Islam Palestin.
Dari salah satu pintu besi pusingan keselamatan, Wafaa Ramaha, 60, memasuki sebuah dewan di dalam pusat pemeriksaan tentera, di mana dia mendapati berpuluh-puluh rakyat Palestin lain menunggu untuk menyeberang ke Baitulmaqdis.
(Wafaa Ramaha, 60, memasuki sebuah dewan di dalam pusat pemeriksaan tentera untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa. Dia tidak sempat menyeberang untuk waktu solat Zohor)
Ramaha berasal dari Nablus di Tebing Barat yang diceroboh Israel di bahagian utara. Dia menggunakan pengangkutan awam, tiba di pusat pemeriksaan selepas perjalanan yang sukar selama 75 minit.
“Di dalam pusat pemeriksaan, saya mendapati kesesakan yang padat,” katanya. “Saya harap saya akan dapat sampai ke Baitulmaqdis sebelum solat Jumaat berakhir, kerana prosedur di pusat pemeriksaan sangat sukar”, katanya kepada Al Jazeera, sambil menambah bahawa “penting untuk solat di Masjid Al Aqsa, sebagai ia adalah untuk semua umat Islam dan orang Arab”.
Di pusat pemeriksaan, mereka yang berharap untuk lulus mesti melalui empat atau lima pintu masuk yang berbeza. Namun azan Zohor berkumandang, ketika Ramaha masih menunggu giliran untuk menyeberang. Dia tidak dapat sampai tepat pada masanya.
Ada yang lain ditolak atas “sebab keselamatan” atau kerana sekatan umur. Majida Al-Hajj Hussein, 47, dari Nablus, terpaksa meninggalkan pusat pemeriksaan bersama dua anaknya, selepas tentera Israel menghalang anaknya yang berusia 15 tahun daripada berlalu.
(Majida al-Hajj Hussein, 47, dari Nablus, terpaksa meninggalkan pusat pemeriksaan bersama dua anaknya, selepas tentera Israel menghalang anaknya yang berusia 15 tahun daripada menyeberang ke Baitulmaqdis)
Haji Hussein percaya bahawa anaknya boleh lulus selagi dia masih didaftarkan pada kad pengenalannya tetapi tentera Israel di pusat pemeriksaan hanya membenarkan kanak-kanak lelaki di bawah umur 12 tahun untuk lepas.
“Saya datang dari Nablus, jauh dan saya memandu. Saya sampai di sini dan mengambil sedikit masa sehingga saya dapat sampai ke pintu masuk yang betul,” katanya. “Ini kali pertama keadaan saya mengizinkan saya datang sejak awal Ramadan. Saya sampai ke salah satu pintu dan mereka meminta saya pergi ke pintu yang lain.”
Haji Hussein menyifatkan prosedur di dalam pusat pemeriksaan itu sangat panjang dan rumit. “[Ada] banyak koridor, beberapa pintu pagar, kami diminta berhenti, kemudian pemeriksaan keselamatan dilakukan, dan kemudian anda tidak tahu sama ada anda akan lulus atau tidak. Keputusan mereka [askar] berubah-ubah,” katanya kepada Al Jazeera.
Sukar untuk dia berpatah balik. “Bukan mudah untuk saya sampai ke sini dan kemudian balik, kerana anak saya tidak mempunyai kad pengenalan, dan saya tidak tahu bagaimana untuk meninggalkannya sendirian dan pergi. Sukar (sedih) bagi saya kerana saya tidak dapat sampai ke Masjid Al-Aqsa, semasa kami berada di tanah kami (bumi Palestin). Ini di luar kuasa saya.”
Ada yang lain berjaya menyeberangnya. Polis Israel menetapkan jumlah mereka yang boleh memasuki perkarangan itu pada hari Jumaat ialah sebanyak 130,000 – tanpa memberikan rekod sebenar bilangan mereka yang menyeberang dari Tebing Barat. Tetapi badan wakaf atau Islamic Trust yang ditadbir oleh negara Jordan yang menguruskan kompleks keselamatan itu, merekodkan 250,000 jemaah.
(Pada hari Jumaat minggu keempat dan mungkin terakhir pada bulan Ramadan ini, ratusan rakyat Palestin melalui pos pemeriksaan tentera Qalandiya untuk ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis bagi menunaikan solat Zohor)
(Hari Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini, Israel membenarkan lelaki Palestin di bawah umur 12 dan lebih 55 tahun, berserta wanita dari semua peringkat umur, memasuki Baitulmaqdis tanpa permit ketenteraan, yang biasanya sukar diperoleh, walaupun ia sebenarnya adalah di tanah wilayah milik Palestin sendiri)
(Penduduk Palestin dari seluruh Tebing Barat sering meninggalkan rumah mereka pada waktu awal pagi untuk menjamin tempat dalam barisan yang panjang yang timbul akibat pemeriksaan yang panjang oleh tentera Israel)
(Majoriti rakyat Palestin yang memasuki Baitulmaqdis mesti menggunakan salah satu daripada tiga pusat pemeriksaan utama: Qalandiya, antara Ramallah dan Baitulmaqdis, Checkpoint 300 antara Bethlehem dan Baitulmaqdis dan Zaitouna di al-Ezariya)
(Ramai rakyat Palestin yang melintasi pusat pemeriksaan untuk ke Masjid Al-Aqsa berkata mereka terpaksa melalui lorong dan pelbagai prosedur yang berbelit-belit dan sengaja disusahkan oleh tentera Zionis)
(Ali Jamahneh, 60, dari kem pelarian Jenin, dihalang daripada melepasi pos pemeriksaan Qalandiya dengan alasan ‘larangan keselamatan’)
Sumber : ehad Barakat/Al Jazeera