Kuala Lumpur: Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan awal pagi ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penahanan jam 2.30 pagi itu membabitkan isu pengambilan pekerja asing selepas pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar direman kelmarin.
Sumber berkata, suspek direman selama empat hari bagi siasatan lanjut berhubung siasatan dilakukan.
Sumber juga tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi tangkapan akan dilakukan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi sebuah portal mengesahkan perkara itu.
Media sebelum ini melaporkan, pegawai tugas-tugas khas menteri ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pekerja asing.