KUALA LUMPUR, 13 April — Badan bukan kerajaan, BERSIH hari ini mengecam ahli politik Sabah, tanpa menyebut mana-mana parti kerana cuba menjatuhkan kerajaan negeri dan berebut siapa yang patut menjadi ketua menterinya.
Pada 6 Januari lalu UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan Hajiji yang melanggar perjanjian persefahaman politik antara BN Sabah dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu di mana Hajiji telah mengeluarkan surat penamatan jawatan Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku pengerusi Khazanah Nasional dan juga Hajiji telah mengugut BN dengan rombakan kabinet tanpa berbincang, berunding dan sebagainya.
BERSIH juga paling bimbang tentang Sabah meluluskan Rang Undang-undang anti-lompat, mendakwa negeri itu sengaja menangguhkan penggunaan undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya sendiri untuk membenarkan persilangan daripada parti lain.
Kenyataan BERSIH itu disampaikan oleh Pengerusinya Thomas Fann, yang juga mengkritik berkenaan penukaran seorang Ketua Menteri di sesebuah negeri yang tidak disebutnya baru-baru ini. Dia berkata demikian semasa pelancaran laporan tahunan Bersih di sini.
(Pengerusi Bersih, Thomas Fann – Foto MalayMail)
Negeri yang baru melantik Ketua Menteri terbaru ialah Melaka, di mana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang juga dari parti UMNO.