spot_img
spot_img

Isu pengampunan Najib terlalu dipolitik dan ‘diadili media’ pihak tertentu

spot_img

Kuala Lumpur : Parti-parti politik tertentu dan pertubuhan bukan kerajaan yang terutamanya dipelopori oleh kaum bukan Melayu tidak mempunyai hak untuk memberi sebarang kenyataan secara umum mengenai usaha UMNO mendapatkan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdebatan yang wujud ketika ini berkaitan isu pengampunan diraja kepada Najib juga dilihat tidak adil kepada bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan kerana beliau berterusan diadili di media massa.

Kegusaran ini dinyatakan oleh veteran politik, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff. Beliau berkata kuasa memberi pengampunan merupakan hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- Advertisement -

Beliau kecewa dan bimbang kerana isu pengampunan ini dijadikan kempen supaya Yang di-Pertuan Agong agar tidak memberi pengampunan kepada Najib.

”Perkara ini tidak wajar diulas kerana kuasa memberi ampun adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, malah Najib juga mempunyai hak sebagai perayu untuk memohon pengampunan ini seperti mana individu lain,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia.

UMNO melalui Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi optimis akan menerima tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan rayuan pengampunan terhadap Najib dalam masa terdekat.

- Advertisement -

Menurut dapatan Berita Tular melalui beberapa ahli politik kerajaan mahupun pembangkang, Najib akan memberi faktor sokongan orang Melayu kepada kerajaan dan UMNO melalui pengaruhnya pada pilihanraya.

“Sudah tentu ada yang di dalam kerajaan juga tidak senang dengan faktor Najib kerana mereka bimbang UMNO dapat menjadi kuat semula”, kata sumber itu lagi.

Bagi pihak kerajaan sebenarnya ia adalah perkiraan politik sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan dalam menyokong pengampunan diraja tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img