spot_img
spot_img

Kerajaan Indonesia tidak tahu sistem pekerja asing baharu negara

spot_img

KUALA LUMPUR: Tiada perbincangan antara Malaysia dan Indonesia berhubung penggunaan Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM) yang membolehkan seorang majikan di negara ini membayar deposit hanya RM1,000 untuk mendapatkan pekerja warga asing.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya masih tidak jelas mengenai sistem yang dibangunkan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara utama ketika ini adalah menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya yang mahu berkerja di Malaysia.

- Advertisement -

“Tidak ada (perbincangan antara Kementerian Sumber Manusia dan kedutaan Indonesia mengenai SPDRM), saya juga tidak tahu SPDRM itu sistem rasmi daripada kerajaan Malaysia atau swasta.

“Setiap negara mempunyai sumber peraturannya untuk memastikan perlindungan terhadap pekerjanya. Jadi saya tidak boleh mengulas lanjut (mengenai SPDRM),” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Berita Harian (BH) semalam melaporkan, majikan boleh mendapatkan seorang pekerja warga asing untuk bekerja dalam pelbagai sektor tanpa perlu memikirkan risiko ditipu, dengan hanya membayar RM1,000 sahaja.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berkata, menerusi SPDRM semua perkara berkaitan pengambilan pekerja hanya boleh dilakukan dihujung jari tanpa membabitkan orang tengah.

Katanya, sistem yang dibangunkan itu sudah digunakan di beberapa negara maju namun di Malaysia terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan sesuai dengan kehendak majikan dan pekerja.

“Mengambil contoh seorang majikan yang mahu menggajikan pembantu rumah dari Indonesia, apa yang berlaku adalah mereka ini perlu membayar RM10,000 kepada ejen dan jumlah ini tidak termasuk dengan gaji yang akan diberikan kepada pembantu rumah berkenaan.

“Kenapa harganya begitu tinggi, ia disebabkan terdapat banyak ejen dan orang tengah digunakan bagi proses pengambilan pekerja asing berkenaan.

“Contohnya, sebanyak RM5,000 diambil oleh ejen di Malaysia, manakala RM3,000 pula akan diambil ejen di Indonesia dan selebihnya diberikan kepada ejen di tempat pembantu rumah itu menetap sama ada Lombok, Bali atau sebagainya dan ada juga yang menggunakan wang itu untuk diberikan kepada keluarga pekerja terbabit,” katanya dalam sidang media semalam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img