Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
spot_img
spot_img

Cukai MotoGP mungkin diturunkan dan kerajaan berhasrat kembalikan F1

spot_img

SEPANG, 7 April ― Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk cuba menurunkan 25 peratus cukai hiburan ke atas harga tiket Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix Malaysia, yang akan diadakan November ini.

Menterinya Hannah Yeoh berkata selain acara sukan, kementerian juga menerima banyak permintaan untuk pengecualian atau pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.

MotoGP menjadi minat utama belia Malaysia. Ia sangat  diminati tetapi mendapat rungutan berkenaan harganya yang mahal. Ia disebabkan kejohanan itu termasuk dalam cukai hiburan, kata Hannah kepada pemberita pada majlis Ramadan Ihya’ bersama media dan warga Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, semalam.

- Advertisement -

Berkenaan sukan Formula 1 pula di mana ia juga terdapat permintaan dari peminat dan sektor yang berkaitan, Hannah berkata agak mustahil untuk Malaysia membawa balik Formula 1 (F1) memandangkan kos penganjurannya yang tinggi.

Sebaliknya, katanya, kementerian akan mengutamakan pemberian dana kepada SIC, RM20 juta untuk menaik taraf infrastruktur bagi menarik lebih banyak acara tempatan atau antarabangsa diadakan di sana.

Malaysia telah menjadi tuan rumah perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum kerajaan memutuskan untuk menamatkannya pada 2017 berikutan penurunan ketara dalam pulangan kewangan menurut pertimbangan kerajaan di waktu itu.

- Advertisement -

Ini adalah keutamaan politik dan visi kerajaan semasa. Jika ia tidak menguntungkan, manakan tidak banyak negara berlumba-lumba untuk menganjurkan sukan berprestij ini termasuk negara jiran Singapura. Menurut pakar ekonomi, kejayaan F1 tidak boleh dilihat dari sudut kutipan tiket, tetapi kemajuan serta galakan kepada automotif serta promosi Malaysia kepada dunia.

Dalam perkembangan lain, kini kerja penurapan litar di selekoh 7 hingga 12 daripada litar sepanjang 5.54 kilometer itu telah mencapai 40 peratus sebelum berlangsungnya kejohanan Piala Asia Porsche Carrera, yang dijadualkan pada 29 dan 30 April.

Kali terakhir SIC menaik taraf litar adalah pada 2016.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img