spot_img
spot_img

Polis cari boyfriend pandu sambil tidur

spot_img

Memetik akhbar Cina, Sin Chew Daily, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencari untuk menahan dan mengeluarkan denda terhadap seorang teman lelaki influencer Gatita Yan, kerana tertidur atau melakukan aksi pura-pura tidur untuk mendapat perhatian semasa meletakkan BMW iX pada modeĀ autopilot” di lebuh raya.

Gatita yang menyiarkan dalam Instagram peribadinya pada 28 Mac 2023, menunjukkan teman lelakinya yang sedang tidur lena di tempat duduk pemandu dengan kedua-dua tangan dan kakinya terlepas dari stereng dan pedal. PostingĀ itu telah dipadamkan tetapi tidak sebelum ada netizen melaporakan perkara itu kepada pihak berkuasa, yang kini sedang memburu pemandu itu, bernama Tay Wee Shen.

- Advertisement -

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu akhbar harian Cina itu bahawa pemandu boleh menggunakan sistem pemanduan automatik semasa memandu, tetapi mereka mesti berjaga untuk bersedia mengambil alih kawalan kereta jika ada kecemasan demi keselamatan mereka dan pemandu lain.

Polis telah memaklumkan sebelum iniĀ bahawa ia telah melarang pemandu daripada menggunakan sistem pemanduan automatik dan memandu dengan cara tidak memegang steeringĀ di Malaysia. Ini selepas video tular pemilik Tesla Model 3 menunjukkan fungsi sistem Autopilot kereta itu dengan memandu ā€˜bebas tanganā€™ dari Singapura ke Pulau Pinang.

Pada masa itu, Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, ā€œdari perspektif PDRM, Malaysia pada masa ini tidak mempunyai peraturan atau undang-undang terhadap sistem pemanduan automatik, tetapi sistem ini tidak membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada memandu ā€“ sistem tidak dapat memastikan sama ada terdapat pemandu yang duduk di dalam kenderaan itu.ā€

- Advertisement -

ā€œIni mungkin akan menyebabkan pemandu kurang memberi perhatian kepada lalu lintas di sekeliling mereka, sebaliknya menghabiskan masa mereka dengan perkara lain yang mengganggu pemanduan di atas jalan, seperti menggunakan telefon bimbit,ā€ kata Bakri, yang menambah, malah Amerika Syarikat melarang penggunaan kenderaan autopilot.

Ciri “autopilot” dalam sesetengah kereta hari ini lazimnya adalah ciri pemanduan separa automatis yang dinilai pada Tahap SAE 2, yang masih memerlukan pemandu untuk memberi perhatian sepenuhnya dan bersedia untuk mengambil alih apabila diperlukan. Walaupun Percubaan Auto Pemanduan Penuh Beta Tesla (FSD Beta), ada di dalam pasaran, tetapi ia hanyalah ciri sokongan pemandu SAE Tahap 2, bukan pemanduan automatis 100% .

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img