spot_img
spot_img

Hanya tinggal 1 lagi ‘talian hayat’ Najib

spot_img

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak telah melalui semua proses rayuan dalam kes rasuah SRC International. Tiada lagi kaedah melalui mahkamah negara ini boleh membatalkan keputusan itu.

Keputusan Mahkamah Persekutuan juga boleh dilihat disisi perundanvan serta badan kehakiman negara bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah sah dari segi undang-undang dan bukan pertuduhan bermotifkan politik.

Hari ini, Hakim Vernon Ong, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais menolak usul bekas perdana menteri itu untuk mencabar keputusan atau perbicaraan semula.

- Advertisement -

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel mendengar permohonan itu, merupakan satu-satunya hakim yang bersetuju dengan usul Najib. Jadi majoriti keputusan hakim yang menolak ialah 4-1.

Hasil daripada keputusan itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahunnya.

Hanya tinggal satu sahaja lagi cara terakhir Najib ialah beliau mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

- Advertisement -

Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Hakim Nazlan Ghazali, ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta.

Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan telah ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib memulakan hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img