spot_img
spot_img

Melaka : UMNO sendiri merosakkan reputasi kestabilannya

spot_img

Alor Gajah 30 Mac : Sah politik Melaka kembali panas tanpa sebab dengan perletakkan jawatan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Melaka telah melalui Pilihanraya Negeri (PRN) pada 20 November 2021 di mana Barisan Nasional (BN) yang ketuai UMNO menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRN yang tidak sepatutnya diadakan itu berlaku apabila krisis politik di Melaka bermula selepas empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Bersatu dan Bebas menarik sokongan daripada kerajaan negeri dibawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

- Advertisement -

Selepas BN menang pada PRN itu, Sulaiman yang menang di DUN Lendu dilantik semula menjadi Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November walaupun terdapat desas-desus ‘orang kuat’, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Umno Melaka ingin juga akan jawatan Ketua Menteri. Ab Rauf tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah Sulaiman, namun tetap dilantik sebagai Exco perindustrian, pelaburan dan pembangunan usahawan negeri.

Kemudian awal minggu ini, FMT melaporkan, khabar angin mengenai kedudukan Sulaiman bakal digantikan, muncul kembali walaupun ia bukanlah perkara baharu.

Kini setelah sah Sulaiman meletakkan jawatannya, Ketua Menteri ‘pintu belakang’ akan dilantik dari parti UMNO juga. Nama Ketua Menteri itu akan diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri AHmad Zahid Hamidi setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

- Advertisement -

Sumber dalaman UMNO Melaka, memaklumkan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-14 dijangka berlangsung esok di hadapan Yang di-Pertua Negeri.

“Apa yang tuan-tuan akan saksikan dalam beberapa hari berikutnya ialah Ketua Menteri tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang. Ini spesies baharu kelahiran Umno dan Barisan Nasional (BN)”, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, yang juga ADUN Rembia UMNO.

(Exco Melaka dan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis)

‘Tebuk atap’ atau istilah ‘pintu belakang’ sering digunakan oleh UMNO kepada Parti Perikatan Nasional (PN) selepas Langkah Sheraton di dalam propaganda mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang dari PN, Dr Mohd Aleef Yusof pula berkata kestabilan politik yang diwar-warkan oleh UMNO adalah mitos semata-mata.

“Inilah yang berlaku di negeri yang dikuasai Umno dan BN. Berbanding di negeri lain yang tidak dikuasai Umno dan BN, tiada gangguan dan perebutan kuasa seperti di Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini. Selepas Umno menang besar, kestabilan politik tidak berlaku kerana dalam kalangan mereka ada sikap tamak untuk merebut kuasa”, katanya Dr Mohd Aleef sambil menambah, ada di kalangan ahli UMNO yang tidak bersetuju akan perkara ini, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Ketua Umno Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman apabila dihubungi pula berkata, pelantikan serta kedudukan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka adalah tertakluk kepada janji yang dibuat oleh pucuk kepemimpinan BN pada PRN Melaka lalu.

(Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Ketua Penerangan UMNO Melaka)

Beliau juga mengakui tidak tahu wujud paksaan terhadap Sulaiman untuk meletakkan jawatan dan meminta supaya semua pihak yang terlibat untuk berunding dalam parti jika terdapat ketidakpuasan hati kerana UMNO merupakan parti yang telah lama dan berjaya menempuh pelbagai isu yang berjaya ditanganinya.

Penganilisis Jonathan Chew dari Universiti Malaya fakulti Sains Politik berkata, sebagai rakyat yang bukan ahli UMNO, yang berada dari luar sistem parti, mereka agak hairan kenapa pada masa ini tindakan sebegitu berlaku.

“PRN menghampiri, kerajaan perpaduan masih belum utuh sepenuhnya, tetapi UMNO pula sibuk untuk menukar ketua menteri di sebuah negeri yang dikuasai oleh mereka sendiri”, kata Jonathan, sambil menambah mungkin dalaman UMNO ada alasan mahupun strateginya yang tersendiri, namun perkara ini telah menjadi negatif dan tidak terjangkau oleh pemikiran para pengundi.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang cuba dihubungi Berita Tular mengambil pendekatan selamat dengan ‘mengambil maklum situasi di Melaka dan akan merujuk kepada UMNO’.

“UMNO sendiri menunjukkan sikap mereka yang tidak mengutamakan kestabilan, tetapi lebih kepada kepentingan politik bagi yang berkuasa”, katanya sambil menambah bahawa penukaran Ketua Menteri itu akan memberi kesan sedikit sebanyak semasa PRN akan datang pada kerusi-kerusi yang ditandingi UMNO kerana isu ini akan digunakan oleh pihak pembangkang dalam menyerang UMNO semasa berkempen.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img