spot_img
spot_img

Bersatu mahu Ketua Menteri Pulau Pinang dari kaum Melayu

spot_img

GEORGETOWN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang berpendirian sudah tiba masanya perlu ada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri terutama bagi jawatan Ketua Menteri.

Ketua Penerangannya, Rasman Farish Shamsuddin berkata kepada Sinar Harian, Ketua Menteri perlu dilantik daripada pemimpin Melayu buat pertama kalinya jika Perikatan Nasional (PN) menang dan merampas kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, bakal Ketua Menteri itu seharusnya dapat menjaga pelbagai kaum di negeri ini tanpa ada diskriminasi, tidak ekstremis dan tidak rasis.

- Advertisement -

PN perlu memenangi sekurang-kurangnya 21 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang yang mana Bersatu dan Pas sudah sepakat untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu, manakala Parti Gerakan akan bertanding di kerusi majmuk untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan negeri yang sedia, katanya.

Namun beliau tidak menyatakan siapakah calon Ketua Menteri yang dicadangkan oleh Bersatu Pulau Pinang atau dari parti komponen PN mana. Beliau hanya menekankan bahawa jentera PN kini sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangan.

Beliau berharap pengundi-pengundi Pulau Pinang dapat menilai dan memberikan sokongan kepada calon-calon PN yang akan ditampilkan nanti serta yakin hanya PN dapat menjadi bumbung untuk menjaga keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img