spot_img
spot_img

Sekolah pedalaman di Kedah dilengkapi gentian fiber optik

spot_img

KUALA NERANG, 29 Mac — Lima puluh lima buah sekolah luar bandar di Kedah telah dipasang kemudahan ‘Point of Presence’ (PoP) gentian optik yang boleh meluaskan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah terbabit dan kawasan sekitarnya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata dengan kemudahan itu, lebih ramai rakyat di negeri ini khususnya di kawasan sekolah akan mendapat perkhidmatan dan capaian internet lebih pantas.

(Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil)

“Ini penting untuk kita mengurangkan apa yang dipanggil jurang atau apa yang dipanggil jurang digital. Kita tidak mahu keadaan mereka yang tinggal di kawasan bandar mendapat internet berkelajuan tinggi, tetapi mereka yang tidak tinggal di kawasan bandar ketinggalan jauh.

- Advertisement -

“Jadi insya-Allah projek PoP ini akan membantu mengurangkan jurang… selain PoP yang di bawah pelaksanaan fasa satu disediakan di luar kawasan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hab PoP gentian optik Zon Utara di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada port sambungan internet yang disediakan di semua PoP di 55 buah sekolah itu telah dilanggan oleh pengguna dan dijangka lebih ramai pengguna akan melanggan selepas mengetahui kemudahan itu.

Fahmi berkata, banyak kawasan penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap tidak mempunyai port sambungan internet untuk ditawarkan sekali gus menyukarkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan mereka.

- Advertisement -

“Tetapi dengan program PoP ini kami menyediakan (kemudahan) supaya kos dikurangkan untuk penyedia perkhidmatan dan untuk pengguna mereka boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata kira-kira RM4.6 bilion diperuntukkan untuk membina 4,323 PoP di kawasan berhampiran sekolah luar bandar di seluruh negara membabitkan dua fasa pelaksanaan dengan fasa pertama bermula pada 2021 manakala fasa kedua bermula pada 2022 hingga 2025.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img