spot_img
spot_img

Proklamasi Orang Melayu Wajar Disokong Semua Pemimpin dan Orang Melayu

spot_img

Kuala Lumpur : Tanpa sokongan orang Melayu, tidak mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.

Itulah hakikat yang dikatakan oleh aktivis politik, Tamrin Tun Ghafar.

Beliau berkata tanpa sokongan UMNO khususnya, ditambah dengan kaum bumiputera parti GPS Sarawak , Anwar Ibrahim dari parti Pakatan Harapan (PH), tidak akan berjaya diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10 .

- Advertisement -

Kerajaan perpaduan ini sangat baik untuk perpaduan kaum menurut Tamrin, tetapi Anwar dinasihati supaya tidak membelakangi kaum majoriti iaitu orang Melayu.

“Kerajaan Perpaduan ini bagus untuk negara yang berbilang kaum namun jangan lah sampai ‘kera di hutan disusukan , sedangkan anak dipangkuan mati kelaparan’, katanya yang berkias supaya orang Melayu perlu dibantu oleh kerajaan.

Tamrin kesal kerana sepatutnya orang Melayu semua mesti bersatu untuk membela bangsanya supaya berjaya dan maju, tetapi sebaliknya usaha itu dicaci.

- Advertisement -

Beliau merujuk isu Proklamasi Orang Melayu yang kini diperjuangkan oleh negarawan Tun Dr Mahathir, dan menggelar mereka yang mencemuh usaha negarawan itu sebagai tidak berpelajaran.

Katanya adalah dangkal mahu menuduh Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri kali ke 3 dengan menggunakan isu Proklamasi Orang Melayu ini sebagai ‘senjata’.

Tamrin juga mempersoalkan jika tiada siapa yang memperjuangkan isu orang Melayu, siapakah lagi pemimpin Melayu yang boleh diharapkan ?

“Apakah Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu sedangkan ramai masih ingat bagaimana menantunya , Khairy Jamaluddin atau KJ bermaharajalela ditingat 4 dahulu ?

“Apakah Najib Tun Razak dan isterinya , Rosmah yang sibuk mengatur strateji mencuri wang rakyat yang kini menyebabkan hutang negara begitu tinggi itu berjaya ?

“Selama 17 bulan memerintah dan pada masa sama negara dan dunia dilanda COVID mungkin menyebabkan Mahiaddin Yasin tidak berkesempatan melaksanakan impiannya untuk orang Melayu ?

“Apa yang boleh dilakukan oleh seorang Perdana Menteri jika tak sampai pun 14 bulan memerintah dijatuhkan oleh partinya sendiri , UMNO ; itulah nasib Ismail Sabri Yaakob atau Mael Bera”, katanya yang mendakwa kesemua PM selepas Tun Dr Mahathir gagal memajukan orang Melayu.

Tamrin berkata kerajaan hari ini tidak perlu takut kerana Proklamasi Orang Melayu adalah bertujuan membangunkan orang Melayu, bukan merampas atau menyekat hak bangsa-bangsa lain, sama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pad era Tun Razak dahulu.

Tamrin menyeru agar semua orang Melayu menyokong Proklamasi Orang Melayu tersebut dengan mengenepikan fahaman politik, ego, sombong, dan kebencian demi kepentingan bangsa itu sendiri.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img