spot_img
spot_img

Kenalan hilang bila bapa bukan lagi PM

spot_img

KUALA LUMPUR, 25 Mac ― Penyanyi dan pelakon yang lahir dari rancangan Akademi Fantasia Astro, Dafi berkata ramai kenalannya terus hilang selepas bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi menjadi perdana menteri.

Dipetik dari oleh MStar, Gaddafi Ismail Sabri mendedahkan bahawa semasa bapanya menjadi perdana menteri Malaysia yang kesembilan, beliau menerima banyak message daripada kenalan melalui media sosialnya.

Mengungkit pengalamannya itu, dia pernah meluangkan masa dari 5 petang hingga 9 pagi keesokan harinya hanya untuk membalas mesej-mesej tersebut. Dia tidak mahu ‘dicop’ sebagai sombong jika tidak membalas mesej-mesej itu. Ada juga yang sudah bertahun-tahun tidak berhubung dengannya tiba-tiba muncul siap dengan proposal perniagaan dan sebagainya.

- Advertisement -

Namun sebagai orang yang sudah dewasa, Dafi sudah menjangka bahawa apabila bapanya bukan lagi orang nombor satu negara, semua orang akan hilang begitu sahaja

Kegagalan bapanya mempertahankan jawatan Perdana Menteri sekali lagi selepas PRU15 turut memberi kesan kepada kerjayanya, kata Dafi.

“Bukannya langsung tiada tawaran kerja, saya masih menerimanya. Tetapi ada yang (tawaran kerja) yang telah pun dipersetujui tetapi dibatalkan begitu sahaja, padahal merekalah yang teruja untuk memberinya tawaran kerja itu”, kata Dafi yang menganggap itu bukan rezekinya.

- Advertisement -

Ismail Sabri pernah menjawat jawatan perdana menteri Malaysia kesembilan pada Ogos 2021 dan berkhidmat selama 15 bulan sehingga November 2022.

 

Foto : Kosmo

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img