spot_img
spot_img

Pecah monopoli : Kerajaan perlu pantau amalan pasaran terbuka

spot_img

PUTRAJAYA: Selepas pemansuhan monopoli Touch n Go (TnG) pada pembayaran tol dan juga pengangkutan awam, hari ini Kabinet memutuskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan akan dibuka kepada semua pihak yang layak sebaik sahaja konsesi Puspakom tamat pada 31 Ogos 2024.

Ini bermakna Puspakom tidak lagi menjadi satu-satunya penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan untuk jabatan pengangkutan jalan mulai 1 Sept 2024, menurut Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke memberitahu sidang akhbar hari ini, Kabinet memutuskan perkara itu pada 17 Mac kerana ia mahu mempromosikan industri pemeriksaan kenderaan yang kompetitif.

- Advertisement -

Puspakom ialah syarikat pemeriksaan kenderaan nasional pertama dan satu-satunya yang komprehensif di Malaysia, dilantik pada 1994 oleh kerajaan untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori untuk kenderaan komersial dan persendirian.

Dua keputusan besar kerajaan ini sangat produktif dan memberi kebaikan kepada pasaran pengguna. Pengguna akan memilih yang manakah akan membawa banyak manfaat kepada mereka. Manakala pihak yang menyediakan servis akan berusaha untuk menambah nilai dalam servis perkhidmatan produk mereka supaya sentiasa menjadi pilihan yang utama buat para pengguna.

Tidak dapat dinafikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke seorang yang sangat cepat dan cekap melaksanakan ‘kuasa’ yang ada di tangannya untuk memudahkan kehidupan rakyat dan memajukan lagi sektor pengangkutan serta penguatkuasaannya.

- Advertisement -

Keputusan untuk membuka sektor itu juga adalah untuk mengurangkan masa orang ramai menghabiskan masa menunggu kenderaan bermotor mereka diperiksa. Begitu juga dengan TnG, rakyat tidak akan menghadapi masalah kekurangan kad atau sistem down lagi.

Namun pihak kerajaan keseluruhannya harus memantau akan keterbukaan pasaran ini. Seperti yang sedia maklum, sektor ekonomi dan kewangan adalah tidak sama tinggi di antara kaum di Malaysia. Pastinya jika pasaran terbuka ini akan dijadikan amalan, meritokrasi akan memihak kepada yang kuat dan lengkap. Pihak yang tidak mempunyai kekuatan dan masih mengharap bantuan keistimewaan dari kerajaan pasti akan jauh ketinggalan di belakang.

Jadi di sini kerajaan hendaklah berwaspada dan bijak di dalam membahagikan ‘kek ekonomi’ pasaran terbuka ini. Kita tidak mahu hanya suatu pihak sahaja yang akan menerima manfaat yang besar (keuntungan) dan satu pihak lain hanya akan menjadi pengguna sahaja.

Walaupun Kabinet bersetuju untuk melanjutkan konsesi Puspakom selama 15 tahun lagi mulai 1 Sept 2024, tetapi kementerian pengangkutan dan JPJ kini akan mengeluarkan skop perkhidmatan, membangunkan syarat kelayakan dan peraturan operasi, dan menentukan lokasi pemeriksaan dan garis panduan untuk pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor.

Bagi memastikan keseragaman peraturan dan persaingan yang adil, beliau berkata, pihak yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor secara berkala perlu memenuhi semua syarat dan peraturan yang sama yang telah dikenakan ke atas Puspakom.

Ini termasuk pengambilan kakitangan yang berkelayakan, menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer yang dikawal selia dan diluluskan oleh JPJ, dan mengenakan kadar yuran pemeriksaan tetap.

Mereka juga tidak akan dapat menawarkan pembaikan kenderaan, perkhidmatan pengubahsuaian atau menjual alat ganti.

Kerajaan juga tidak akan membelanjakan membeli atau mengeluarkan kos untuk sistem pihak yang berminat. Syarikat yang berminat mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kementerian dan JPJ.

Untuk sistem pembayaran terbuka tol dan pengangkutan awam, garis panduan masih belum diumumkan. Pastinya ramai yang berminat untuk turut serta. Syarikat digital bumiputera dan bukan bumiputera hendaklah seimbang dan diberi kemudahan untuk turut serta di dalam pasaran terbuka ini sebagai mana syarikat-syarikat monopoli menikmati kemudahan start up (permulaan) pada suatu ketika dahulu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img