spot_img
spot_img

Lantikan baharu UMNO

spot_img

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan lantikan baharu barisan tertinggi UMNO selepas mesyuarat Maj­lis Kerja Tertinggi (MKT).

Naib Presi­den UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi, Kewangan dan Pelaburan parti.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pengkaderan Latihan dan Keahlian manakala Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundangan dan Perlembagaan.

- Advertisement -

Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agung UMNO; Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Bendahari) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Ke­tua Penerangan).

Pada masa yang sama mesyuarat turut melantik 13 Ahli MKT (Lantikan) dan tujuh Ahli MKT (Turut Hadir).

Matlamat UMNO sekarang adalah untuk terus memperkasakan perpaduan dan penyatuan dalam saf kepimpinan UMNO di semua peringkat.

- Advertisement -

“Jadi dengan pelantikan ini kita berazam menterjemahkan lima hala tuju yang saya garis ketika ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu di mana kita memberikan penugasan ini kepada beberapa ahli majlis dan ketua sekretariat,” katanya.

Hala tuju pertama adalah menjalin kerjasama strategik dengan mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam mendepani realiti politik baharu, manakala kedua adalah menyegarkan parti dengan pemugaran idea serta pengkaderan yang efektif, sesuai dengan perubahan minda serta keutamaan rakyat.

Ketiga pula merujuk kepada keperluan untuk melabur dalam teknologi dan komunikasi masa hadapan bagi memastikan parti tidak ketinggalan dalam kecanggihan serta kepantasan perhubungan kerana UMNO mesti menguasai teknologi semasa dan terkini sebagai saluran penyampaian, melampaui wadah media sosial sekarang.

Sementara itu, hala tuju keempat melibatkan gerakan merombak gerak kerja jentera parti secara konvensional kepada pendekatan berasaskan data dan analisis di semua peringkat struktur parti, sesuai dengan demografi pengundi dan psikografik rakyat yang melibatkan kajian keperibadian, nilai, pendapat, sikap, minat dan gaya hidup.

Bagi hala tuju kelima, parti mesti menggilap dan mengetengahkan muka-muka baharu sebagai wajah hadapan parti selain usaha meningkatkan kualiti ahli serta menggilap potensi mereka untuk mewarisi kepimpinan parti dan negara perlu sentiasa berjalan.

Ahmad Zahid menegaskan adalah penting bagi membuktikan kepimpinan ketika ini dapat bergerak bersama apabila menghadapi Pilihan Raya Ne­geri (PRN) akan datang.

“Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai Pengarah Pilihan Raya untuk semua pilihan raya umum akan datang, PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Ketua Jabatan Pilihan Raya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan berada di ibu pejabat menge­tuai gerak kerja dan menyelaras dengan Timbalan Presiden (Mohamad) dan ke­tua pergerakan sayap,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img