spot_img
spot_img

KPDN, JKR dan Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab integrasi bayaran terbuka tol

spot_img

Tiga kementerian akan berbincang dan berganding bahu dalam rancangan mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka di lebuh raya dalam negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata kementeriannya (KPDN) telah bersetuju mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meluaskan sistem pembayaran terbuka kepada Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

- Advertisement -

“Libat urus ini berterusan, terutamanya dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya semua lebuh raya menggunakan sistem terbuka, dengan itu cara pembayaran biasa seperti kad debit dan kredit boleh juga digunakan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart di Kuala Lumpur hari ini.

Salahuddin berkata dia menerima maklumat bahawa sudah ada pemain industri sedia menawarkan sistem berkenaan, yang akan membolehkan pengguna lebuh raya memilih sistem pembayaran semasa di lebuh raya nanti.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata lebuh raya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September ini ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

- Advertisement -

Sementara itu, menyentuh isu monopoli Touch N Go dalam pengangkutan dan jalan raya, Salahuddin berkata usaha mengintegrasi sistem pembayaran terbuka itu bukan bermakna kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan. Mereka boleh beroperasi seperti biasa. Cuma medium pembayaran tol dibuka untuk kebaikan pengguna.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img