spot_img
spot_img

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Mei ini

spot_img

KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini.

Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 20 parti di dalam Kerajaan Perpaduan dengan empat gabungan utama akan berada di satu tempat bagi memperlihatkan solidariti dalam kalangan parti gabungan.

“Yang penting dukungan daripada UMNO cukup berpadu dan saya minta sama ada rakan-rakan dalam pimpinan telah menang, dilantik atau turut bersama-sama hendaklah merapatkan barisan.

- Advertisement -

“Kita buka lembaran baru kali ini dan santuni rakan-rakan lain untuk bersama-sama dengan kita.

“Lembaran baru itu juga (diharap) dapat dilaksanakan bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi bahagian dan cawangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato’ Onn petang ini.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta semua jentera sama ada di peringkat lokaliti, pusat daerah mengundi (PDM), Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen menyusun jentera untuk membantu enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Tentang pembahagian kerusi, kita belum runding secara formal tetapi kita telah mengadakan rundingan dan ketua sekretariat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan akan memperincikan butiran yang akan diperbincangkan.

“Namun, apa yang penting ialah Kerajaan Perpaduan harus diperkukuhkan. Ini cukup penting bagi mewujudkan kestabilan kerajaan yang ada.

“UMNO mendukung sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menghargai keberadaan beliau di kompleks UMNO untuk mempengerusikan Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau dan rakan akan turun berbuka puasa bersama pegawai kerajaan semua kepimpinan parti di setiap negeri.

“Kita akan libatkan rakan-rakan daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk sama-sama dalam majlis yang  dihadiri,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img