spot_img
spot_img

Skuter elektrik sepenuhnya kini dijual di Malaysia

spot_img

SHAH ALAM: Anak syarikat Sharkgulf Technologies Group, Blueshark melancarkan secara rasmi jualan skuter elektrik pintar dan tercanggih, siri R Blueshark iaitu model R1 dan R1 Lite untuk pasaran Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd., Jin Chan berkata, skuter elektrik pintar Blueshark R1 memiliki teknologi bateri yang dipaten, di samping ciri-ciri perintis dan pelbagai pilihan pemilikan bagi membuka lembaran baharu kenderaan elektrik dua roda di Malaysia.

“Skuter siri R Blueshark merupakan kemuncak usaha pihak kami untuk membawakan solusi-solusi yang lestari dan inovatif ke pasaran mobiliti urban.

- Advertisement -

“Berbekalkan teknologi penukaran bateri serta aneka teknologi perintis, kami sedang memperkenalkan sebuah produk yang lebih hebat, namun mampu milik, bagi meluaskan akses skuter elektrik pintar untuk seluruh lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Skuter Elektrik Siri R Blueshark, hari ini.

Beliau menambah, skuter Blueshark R1 menampilkan ciri ekonomi dan keupayaan untuk bergerak sejauh 110 kilometer (km) dengan kelajuan 80km sejam (km/j) setiap kali dicas penuh (dalam tempoh hanya tiga setengah jam) dengan kuasa tork 201nm.

“Skuter elektrik pintar ini dikuasakan oleh motor magnet tetap elektrik 5,000 watt yang berkelajuan tinggi di samping dua pek bateri lithium besi fosfat (LFP) yang boleh ditukar ganti dengan segera stesen Blueshark (BlueStation).

- Advertisement -

“Skuter itu memiliki lima mod tunggangan yang meliputi Walk Assist Mode (WAM) dan mod-mod Turbo, ia juga lengkap dengan sistem operasi pintar ArkRide, sambungan Bluetooth, navigasi GPS, pemain media dan banyak lagi, melalui papan pemuka berdefinisi tinggi yang mesra pengguna,” jelasnya.

Jelas Chan, beliau turut menyasarkan untuk mengubah budaya kehidupan orang ramai dengan memperkenalkan kaedah pengangkutan sedia ada sambil memelihara alam sekitar pembakaran bahan karbon.

“Kami percaya bahawa Blueshark R1 memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) secara massa,” ujarnya.

Skuter elektrik R1 dipasarkan dengan harga RM9,390 dan R1 Lite  berharga RM7,190.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img