spot_img
spot_img

Ira belum hamil, Syamsul sifatkan ‘kahwin dua’ jalan taubat

spot_img

KUALA LUMPUR: “Tidak, itu adalah fitnah,” demikian kenyataan pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkenaan dakwaan isteri keduanya, Ira Kazar hamil.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, menegaskan Ira belum hamil lagi.

“Begitulah kehidupan saya setiap pagi, minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada bertanya Syamsul itu dan ini.

- Advertisement -

“Saya pun jawab apa pula kali ini? Saya tak tahulah, tetapi, Alhamdulillah kalau Ira mengandung.

“Apa yang tak boleh? Jujurnya, saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya beritahu.

“Tetapi, kalau nak cakap begitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sahajalah. Tetapi, tiada (mengandung),” katanya kepada BH Online.

- Advertisement -

Syamsul ditemui selepas memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada jam 3.10 petang, semalam.

Terdahulu, Syamsul melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.

Ditanya sama ada bersedia untuk beristeri dua, Syamsul hanya memohon orang ramai mendoakan terbaik buatnya.

Dalam masa sama, Syamsul reda apabila satu demi satu dakwaan dilemparkan kepadanya.

“Doa sahajalah saya boleh jadi suami baik dan adil. Saya kahwin ini salah satu jalan taubat.

“Jadi, nak kata apa, katalah. Seperti rezeki mahu boikot filem saya, jujurnya ada juga rasa sedih, tetapi saya seorang yang mudah.

“Saya percaya rezeki dari Allah. Kalau Allah bagi rezeki, Alhamdulillah. Orang boikot ada sebab dan saya bersyukur.

“Saya sudah melalui banyak fasa. Saya hadapi sahajalah,” katanya.

Semalam, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Antaranya alasan yang diberikan adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih, enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul serta tidak memberi nafkah.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img