spot_img
spot_img

SNS Network bekal iPad pada pelajar Kumon Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR: SNS Network Technology Bhd berkata, syarikat milik penuhnya SNS Network (M) Sdn. Bhd telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kumon Education (Malaysia) Sdn Bhd untuk membekalkan produk dan aksesori Apple iPad kepada pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Kumon Malaysia.

Kumon Malaysia adalah sebahagian daripada program pengajaran selepas sekolah terbesar di dunia dengan lebih empat juta pelajar kini mendaftar di 50 negara dan wilayah.

Perjanjian kerjasama itu meliputi lebih 200 pusat pembelajaran Kumon dan boleh memanfaatkan lebih 37,000 pelajar di Malaysia.

- Advertisement -

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, SNS akan mencipta dan menyelenggara portal yang boleh diakses oleh ibu bapa dan pelajar Kumon Malaysia sambil turut melaksanakan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan produk dan aksesori Apple iPad.

Pengarah Urusan SNS Ko Yun Hung berkata kerjasama itu membolehkan Kumon Malaysia mendapat akses kepada rangkaian produk dan aksesori Apple yang ditawarkan olehnya dengan lancar.

“Ia juga membolehkan kami berkhidmat dan berkomunikasi dengan lebih baik dengan ibu bapa dan pelajar melalui portal khusus. Produk ini akan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar selepas sekolah, memberikan mereka akses kepada alatan untuk merangsang minda mereka dan membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain,” kata Ko.

- Advertisement -

Pengurus Besar Kumon Malaysia Atsushi Hasegawa berkata pembekalan produk dan aksesori iPad melalui kerjasama dengan SNS adalah sebahagian daripada ciri Kumon Connect yang dilancarkan pada Januari 2023 untuk menggalakkan pelajar menikmati proses pembelajaran bersama-sama di dalam talian.

“Kami percaya bahawa pembelajaran digital menjadi bahagian penting dalam keseluruhan proses pembelajaran untuk pelajar dan kami ingin mereka memulakan permulaan yang lengkap.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img