spot_img
spot_img

Kerajaan peruntukkan RM3.5 bilion naik taraf tol tanpa palang

spot_img

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperuntukkan sejumlah RM3.46 bilion bagi pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF – multiple lane free flow) – tanpa palang, menjelang 2025 bagi mengatasi kesesakan di lebuh raya khususnya di plaza tol.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerajaan komited untuk menaik taraf kualiti pengurusan lebuh raya terutama dari segi kutipan tol supaya pengguna jalan raya tidak perlu menghadapi kesesakan di plaza tol ketika membuat pembayaran.

- Advertisement -

(Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad – Timbalan Menteri Kerja Raya)

Kerajaan merancang untuk bermula dengan kajian pada tahun 2024 sebelum pelaksanaan sepenuhnya pada 2025 bagi mengelak penggunaan bar tol (boom gate) atau tol berpalang.

Selepas MLFF dilaksanakan pemandu tidak perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan mereka untuk membayar tol.

- Advertisement -

Menurut Abdul Rahman, statistik menunjukkan ada empat juta hingga lima juta kenderaan melalui plaza tol di rangkaian lebuh raya dalam sehari.

Katanya, KKR juga bersetuju menaik taraf lebuh raya Kuala Lumpur-Karak daripada plaza tol Karak ke plaza tol Bentong.

Abdul Rahman menambah, projek itu yang dijangka bermula Julai ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat konsesi dan berkemungkinan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dengan kos RM2.1 bilion.

Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan peruntukan RM865.27 juta untuk KKR di bawah Bajet 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undi suara majoriti selepas dibahaskan oleh 26 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img