spot_img
spot_img

PAS mahu kerusi MB, bagaimana Bersatu ? UMNO akan gagal lagi tarik Melayu di Selangor ?

spot_img

SHAH ALAM: Semalam Pemuda Pas Selangor mencadangkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi diangkat sebagai calon Menteri Besar negeri itu jika mereka memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Namun adakah PAS tidak ‘menjaga hati’ komponennya selepas Parti Bersatu sebelum ini juga menyatakan mahu menjadikan Selangor serta Negeri Sembilan milik mereka sementara Pas terus memerintah di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

- Advertisement -

Bersatu kini tidak mentadbir mana-mana negeri selepas kejatuhan semula Johor kepada UMNO pada PRN lalu.

Cadangan tersebut dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar yang yakin dengan kebolehan dan kemampuan partinya mentadbir Selangor berdasarkan pengalaman mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri ketika bersama Pakatan Rakyat (PR).

Untuk rekod, PAS juga merupakan parti paling terbanyak yang memenangi kerusi semasa PRU15 lalu selepas DAP.

- Advertisement -

(Bersatu menang 21 kerusi dengan bendera PN manakala 3 lagi di Kelantan dan Terengganu Bersatu menang dengan bendera PAS)

Mohamed Sukri berkata PAS akan membuktikan sekali lagi kemampuan mereka mentadbir Selangor seperti sebelum ini bersama Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

“Kelangsungan kecemerlangan ini akan terus kita bawa, insya-Allah kita mahu lihat Menteri Besar Selangor akan datang ialah Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi. Saya harapkan seluruh pemuda, kita gembleng kekuatan dan kebersamaan, kali ini tidak ada kompromi lagi kepada Pakatan Harapan (PH), hanya tinggal batu nisan untuk mereka,” katanya berucap dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas Selangor, semalam.

Bagaimanapun, sebelum ini Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan tiga termasuk dirinya, kemudian Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin juga disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Radzi Jidin ahli parlimen Putrajaya (gambar kiri) mungkin dilihat sebagai tawaran baharu kepada rakyat Selangor. Beliau yang tiada kontroversi berbanding Datuk Seri Azmin Ali, dikatakan mampu menjadi poster boy dan memberi peluang cerah kepada PN untuk merampas Selangor. Namun PN hanya bersandarkan kepada undi Melayu semata-mata.

Selangor merupakan negeri paling maju di Malaysia dan digelar The Golden State of Malaysia mempunyai komposisi penduduk 60% Bumiputera, 26.7% etnik Cina, 12.4% entik India, dan 0.95 lain-lain . Jika PN menang, mungkin dengan majoriti yang tipis untuk membentuk kerajaan.

Tetapi menurut Datuk Abdul Rashid Asari lagi, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah setuju supaya tiada poster boy di Selangor. Ini mungkin supaya tidak menimbulkan polemik parti itu dengan PAS. PAS merupakan tonggak PN, dan amat berisiko kepada Bersatu jika kerjasama mereka tidak di dalam ‘suasana baik’.

PAS pusat juga ‘bermain dengan selamat’ berkenaan isu Menteri Besar Selangor apabila Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan kembali ucapan Mohamed Sukri adalah hanya cadangan yang boleh dikemukakan oleh sesiapa sahaja, namun menjelaskan matlamat Pas adalah untuk menguburkan UMNO-Barisan Nasional (BN) di kesemua negeri.

Beliau percaya PN akan bertembung dengan UMNO kerana kerusi bukan Melayu atau kerusi menang PH pasti akan kekal bersama PH. “Apa yang kita lihat adalah majoriti Melayu pada hari ini, mereka menolak BN di Kedah, Terengganu dan juga Kelantan” (keputusan PUR15), katanya sambil memberi contoh PRK Padang Serai – hampir pasti UMNO tidak akan memenangi kerusi majoriti Melayu di Selangor juga.

Menurut dapatan Berita Tular, BN mampu meningkatkan sokongan orang Melayu di PRN Selangor dan mungkin juga termasuk di PRN Kedah serta Terengganu wawalupun tidak memenanginya. Ini kerana UMNO sudah berada di dalam kerajaan, mempunyai sumber yang memberikan kelebihan kepadanya. Juga ditambah faktor negatif kes mahkamah kepada pimpinan tertinggi PN dan ketiadaan sumber kewangan akibat akaun Bersatu yang telah dibekukan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img